Khamis, 6 Ogos 2009

LUNTURNYA SEMANGAT PATRIOTIK


Sebagaimana yang sedia maklum setaip menjelang bulan Ogos adalah sambutan bulan kemerdekaan bagai negara kita Malaysia yang tercinta. Malah telahpun diiktiraf sepanjang bulan Ogos sehingga ke kemuncaknya 31 Ogos setiap tahun sebagai bulan kemerdekaan dimana kebiasaanya sebelum ke kemuncak sambutan pelbagai program diadakan antaranya kempen memasang jalur gemilang,samaada di bangunan, bangunan resmi kerajaan,permis permis perniagaan malah turut disarankan pada setiap kenderaan. Tahun ini negara kita akan menyembut ulang tahun kemerdekaannya yang ke 52 tahun dimana sehingga cacatan ini ditulis kita telahpun seminggu berada dalam bulan Ogos, bagaimanapun apa yang amat menyedihkan belum nampak sebarang rieaksi yang positif dari orang ramai ,permis permis perniagaan dan bangunan bangunan jabatan kerajaan untuk menyemarakkan lagi sambutan bulan Kemerdekaan tahun ini dengan pemasangan jalur gemilang di tempat masing-masing. Tinjuan di beberapa lokasi di jabatan jabatan kerajaan dan permis permis perniagaan di sekitar ibu kota ( Kota Kinabalu) mendapati amat sukar kita melihat jalur gemilang dikibarkan yang adapun hanya jalur gemilang lama yang telah lusuh dan pudar warnanya. Sekilas pandang hanya bangunan Dewan Bandar Raya Kota Kinabalu sahaja yang didapati memasang beberapa helai jalur gelimang di hadapan bangunannya sementara dibangunan-bangunan kerajaan yang lain termasuklah permis permis perniagaan belum nampak sehelai pun jalur gemilang pun yang dikibarkan. Setuasi ini mencerminkan kurangnya perhatian masyarakat terhadap sambutan bulan kemerdekaan. Apakah perlu menunggu kempen menaikkan jalur gemilang diadakan barulah berusaha mengembarkan jalur gemilang atau menunggu subsidi (sumbangan)bendara pecuma dari kerajaan barulah usaha menaikkan jalur gemilang diadakan, jika beginilah realitinya semangat patrotik rakyat Malaysia khususnya di negeri ini masih agak rendah dan belum dapat dibanggakan. Seharusnya sebagai rakyat yang telah bebas dan merdeka sekian lama, bulan kemerdekaan ini perlu kita hargai dan salah satu daripadanya ialah mengembarkan jalur gemilang lambang kebangaan negara kita yang telah Merdeka sejak sekian lama .Tidak perlu menunggu arahan dari pihak kerajaan atau sumbangan percuma jalur gemilang barulah kita menaikkan jalur gemilang samaada di banagunan jabatan jabatan kerajaan,swasta, permis permis perniagaan atau kediaman sendiri .Sama-samalah kita fikirkan dan renungkannya dimana kesedaran yang lahir dari nurani kita sebagai rakyat yang tinggal di sebuah negara yang bebas dan merdeka kita perlu menghargai makna sebuah kemerdekaan yang kita kecapi selama ini . Selamat Menyembut Ulang tahun kemerdekaan negara ke 52 dalam semangat 1 Malaysia yang mempunyai semangat patriotik yang kental terhadap Negara yang tercinta ini.Salam kemerdekaan

1 ulasan:

  1. Semangat Petriotik ni memang semula jadi ada d dalam jiwa kita, Bukan hanya terdapat d jiwa pemimpin. Kebanyakan Pemimpin sekarang ini tidak lagi punya Rasa dan semangat petriotik...Kerana apa saya katakan sedemikian? Apakah kita benar2 mengerti erti Petriotik itu?...Disekitar tahun 1985 dahulunya kira2 24 tahun yg lalu Pemimpin Melayu khasnya daripada UMNO/BN banyak mengadai dan menganugerahkan May Kad Malaysia kepada pendatang asing @ PATI dari pada Philipine,Indonesia,Pakistan,India mungkin dari Negara China pun ada juga.Saya benar2 merasa kecewa d atas ketidak adanya Jiwa Petriotik d jiwa emimpin Melayu/Islam itu, D sebabkan kekuasaanlah mereka tidak ada jiwa Petriotik ini...Siapa yang rugi dengan Penganugerahan May Kad Malaysia ini? 2.5 juta orang yg telah d berikan bukanlah bilangan yang sedikit. Pada masa ini d sebabkan Tsunami Politik melanda Semenanjung Malaysia @ West Malaysia ura2 pengeluaran May Kad Malaysia dan Surat beranak kepada Warga Asing ini akan mencecah hampir 3.5 juta orang lagi. Oleh yg sedemikian kita selaku Rakyat yang Peka dan masih mempunyai perasaan semangat petriotik terhadap Negeri dan negara ini "WAJIB" menghalang usah2 Penghianatan kepada Melayu dan Bumiputera ini...Lihat pada masa ini kepada siapa yg banyak dikeluarkan Lisen Teksi,mini Bus dan bus besar2an ini? Lisen2 seperti lisen Teksi ini adalah Warisan kita kepada anak cucu cicit kita pun sudah d perolehi dengan mudah oleh warga asing.....Begaimana dengan tanah kita? Kalau sudah rakyat asing ini mempunyai May kad Negara Malaysia "HAK" mereka adalah sama dengan Bumiputera kita d Negeri dan Negara ini. Fikir2kan lah sebelum "NASI MENJADI BUBUR"

    BalasPadam