Khamis, 13 Ogos 2009

UMNO SABAH DISARAN WUJUDKAN LAMAN WEB/BLOG

Ketua Menteri yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Musa Haji Aman semasa merasmikan serentak persidangan Umno bahagian Keningau dan Pansiangan beberapa hari yang lalu menyarankan agar semua 25 bahagian Umno di negeri ini mengwujudkan laman Web/Blog nya sendiri. Walaupun saranan ini agak KETERBELAKANG SEDIKIT..kerana ada beberapa bahagian termasuk Ketua Bahagiannya sendiri atas kepesiti sebagai Ahli Parlimen atau ADUN telahpun mengwujudkan Laman Web/Blog masing masing dimana tindakan mereka ini lebih jauh ke hadapan dan memenuhi keperluan dan kemajuan yang dibawa oleh Teknologi Maklumat (ICT) bukan sahaja Laman Web/Blog malah ada bahagian atau pemimpin bahagian memiliki Facebooknya sendiri. Terawal yang dapat diperhatikan ada beberapa bahagian atau pemimpin bahagian yang sudah mempunyai Laman Webnya sendiri antaranya Ahli Parlimen Beaufort Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin melalui Blogspot Mp Beaufort atau Umno bahagian Beaufort, diikuti oleh Datuk Sapawi Haji Ahmad, Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said,Masidi Manjun, Datuk Haji Mohd.Ariffin Arrif, Datuk Bung Mokthar Radin dan beberapa bahagian atau pemimpin Umno bahagian yang lain

Tidak kiralah atas inisiatif siapa usaha mengwujudkan Laman Web berkenaan samaada diusahakan oleh pemimpin itu sendiri atau pegawai pegawai mereka, namun apa yang pesti mereka telah menyahut cabaran ini lebih awal sebelum Laman Blog 1 Malaysia diwujudkan .Tahniah . Walauapun begitu tidak juga menghairankan ada pemimpin langsung tidak tahu membuat apa lagi membuka Laman Web masing-masing ini agak malang, malah lebih malang nama mereka dikutuk dan dikritik dalam blog blog yang dipaparkan dimana mereka sendiri tidak mengetuhainya, sehingga ada orang lain yang prihatin memaklumkan kepada mereka barulah mereka sedar mereka di kritik, dihentam dan sebagainya dalam laman web dan blog yang tidak bertanggungjawab dan berertika ini.

Tahniah atas saranan YAB Ketua Menteri ini, bagi memberikan kesedaran kepada pemimpin parti untuk memanafaatkan sepenuhnya kecangihan sistem komunikasi yang cepat berkembang maju

Tiada ulasan:

Catat Ulasan