Ahad, 23 Ogos 2009

CATATAN DIAWAL RAMADAN



Demi tugas tiga anggota polis ini berbuka alah kadar sahaja di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu yang sempat saya rakamkan aksi mereka melalui kemera HP saya

Kedatangan bulan Ramadan tahun ini memberikan berita suka dan duka dalam perjalanan kehidupanku. Berita dukanya semasa bertugas di luar daerah Lahad Datu bagi mengiringi lawatan resmi Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin dalam majlis penyerahan kunci Projek PPR Pangsapuri Mutiara Kasih Lahad Datu ketika majlis berlangsung dihubungi oleh anak buah sepupu Puan Latiah Matasim Meninggal dunia akibat penyakit kanser. Mujurlah sehari sebelum aku ke Lahad Datu aku sempat melawat arwah di hospital Daerah Beaufort dan menghabiskan masa hampir dua jam bersama Allahyarhamah.Dalam jadual kerja yang ketat tidak berkesempatan untuk ke majlis pengkebumian namun berdoa semoga anak-anak Allhuarhamah dan keluarga reda menerima ujian dari Allah SWT ini da berdoa moga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah SWT.

Memberikan kegembiraan dihati saya sebagai seorang ayah dapat mengajak anak bungsu saya yang baru berumur 7 tahun untuk bersahur bersama dan berpuasa walaupun pada hari pertama setakat jam 12.00 tengahari dan hari kedua 12,50 tengahari dan berharap ianya akan meningkat sehingga ke waktu berbuka puasa yang sebenarnya. Bagi saya inilah asas pendidikan yang perlu diterapkan dan anak saya berasa seronok melakukaknya.

Hari pertama berpuasa juga saya dapat menyaksikan akan pengorbanan tiga anggota Polis yang bertugas di Lapangan Terbang Antara Bangsa Kota Kinabalu yang berbuka puasa alah kadar sahaja berbuka puasa dengan makanan berbungkus sahaja,dan saya turut sama meminum air dalam botol kerana waktu berbuka saya menghantar balik Bos saya Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin balik ke Kuala Lumpur yang juga berbuka dalam kenderaan sebelum sampai di Lapangan Terbang Kota Kinabalu dan berlepas ke ibu negara pada jam 7.15 malam.

Semoga puasa tahun ini akan dapat kita laksanakan dalam jiwa yang lebih tenang dan ikhlas bagi memohon keredaan dari Allah SWT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan