Selasa, 4 Ogos 2009

JAWATAN AMANAH DAN TANGGUNGJAWAB

Tidak kira atas nama apa juga jawatan samada dalam bidang politik,pentadbiran awam atau persatuan setiap individu yang dipilih atau diberikan kepercayaan untuk mengetuai sesuatu jawatan perlu faham dan bersedia untuk memikul tugas serta amanah yang diberikan dengan penuh didikasi, berintegriti dan komitmen yang padu. Sebaliknya jika belum bersedia menerima tanggungjawab yang diamanahkan ini ,lebih baik jangan menerima sebarang jawatan yang diberikan yang akhirnya berfungsi hanya setakat memanaskan kerusi bila mesyuarat diadakan yang akhirnya orang di bawah yang tidak ada kepentingan yang akan menerima tugas yang sepatutnya dipikul dan dilaksanakan oleh ketua atau paling tidak adanya mesyuarat dan perbincangan bersama ahli jawatankuasa lain barulah wujud konsep kerja berpasukan selaras dengan konsep 1 Malaysia dan ini akan memberikan manafaat dari segi idea dan keunggulan sesebuah organisasi yang diwakili, bagaimana fiki-fikirkanlah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan