Ahad, 10 Mei 2009

RAKYAT BERPENDAPATAN RM3000 KE BAWAH LAYAK MEMOHON PPR LAJIM



KOTA KINABALU: Kerajaan telah mengambil keputusan pendapatan isi rumah RM3,000 kebawah layak memohon skim Program Perumahan Rakyat (PPR)

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Ukin
Berkata keputusan itu dibuat sejajar komitmen kerajaan untuk memastikan kawasan bandar-bandar utama di negeri ini bebas daripada masalah setinggan menjelang 2012.

"Sebelum ini kerajaan menetapkan pendapatan isirumah RM2,000 layak memohon PPR namun kadar tersebut dinaikkan kepada RM3,000 kebawah juga layak memohon, (PPR)" katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan pusat kesihatan Al-Nur di Riverside Plaza Kingfisher, Likas, di sini kelmarin

Menurut Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort Sabah meneriman peruntukkan dianggarkan bernilai RM417 juta untuk membina perumahan kos rendah dimana ia telah dibelanja dalam Rancangan Malaysia ke-9.

Tambahnya, projek pembinaan perumahan kos rendah yang sedang digiatkan dijalankan dengan menumpukan di bandar-bandar besar seperti di Kota-Kinabalu, Tawau, Lahad Datu, Sandakan dan akan memperluaskan pembinaannnya ke berapa buah daerah lain mengikut keperluan perumahan yang diperlukan

"Ini merupakan azam kerjaan Barisan Nasional (BN) untuk menyediahkan tempat tinggal yang lebih selesa kepada rakyat sekali gus memindahkan setinggan," ujarnya.

Katanya, setiap unit rumah yang dibina pada keluasaan 700 kaki dan pembinaan atas tanah seluas 1500 kaki serta mempunyai tiga bilik menelan kos RM80,000 dan dijual kepada rakyat Sabah khususnya dengan harga RM42,000.

"Ini bermakna lebihan harga rumah berkenaan dianggarkan RM38,000 telah disubsidi oleh kerjaan, ini menunjukkan betapa prihatin kerajaan dalam membantu masyarkat bagi memastikan rakyat mendapat kehidupan yang lebih selesa," ujarnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan