Selasa, 5 Mei 2009

PESTA RUMBIA PERLUKAN TRANSFORMASI UNTUK JANA SEKTOR PELANCUNGAN


MEMPENGERUSIKAN…Lajim (tengah) ketika mempengerusikan mesyuarat tersebut turut kelihatan Pegawai Daerah Edmond dan Penolongnya Abdul Rahim semasa mesyuarat tersebut

KUALA PENYU: Tranfomasi bagi menjadikan Perayaan Pesta Rumbia yang saban tahun diadakan di daerah ini perlu dilakukan agar ianya menjadi pemangkin kepada perkembangan sektor pelancungan di kawasan ini sekali gusnya mampu menyumbang kepada peningkatan taraf siso ekonomi masyarakat setempat.

Ahli Parlimen Beaufort Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, perayaan Pesta Rumbia yang sejak sekian lama dianjurkan di daerah itu bukan lagi sifatnya sebagai pesta semata-mata yang hanya tercatat dalam kelinder pelancungan ,namun untuk jangka masa panjang ianya perlu memberikan manafaat terhadap kesan pembangunan serta peningkatan sumber ekonomi rakyat.

“ Kepelbagaian daerah ini dalam industri pelancongan turut dapat dilihat dengan ia menempatkan Taman Negara Pulau Tiga yang merupakan antara prodak pelancungan yang sudah dikenali ramai termasuklah pelancungan dari luar namun dalam masa yang sama prodak lain perlu kita tonjolkan sebagi prodak baru yang dapat membantu menjadi daya tarikan baru ” katanya ketika ditemui selepas mepengerusikan mesyuarat jawatankuasa Pelaksana Perayaan Pesta Rumbia ke 20 di Bilik Mesyuarat Pejabat daerah dekat sini baru baru ini

Hadir sama Pegawai Daerah Kuala Penyu Edmond Teo,Penolong Pegawai Daerah Abdul Rahim Yakub serta ketua ketua jabatan kerajaan di daerah itu.

Menurut Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan , Tranfomasi perlu dilakukan bagi menjadi Pesta Rumbia sebagai flatfrom bagi memperkenalkan lebih banyak lagi prodak prodak pelancungan yang merangumi budaya, makanan dan kraftangan masyarakat tempatan untuk ditonjolkan kepada pelawat khususnya pelancung yang melawat ke daerah ini.

“ Apabila kita dapat memperagakan sesuatu yang menarik,unik dan berkualiti sebagai prodak yang berindentitikan kehidupan masyarakat di kawsan ini, sudah tentu ianya akan menjadi daya tarikan kepada pelancung untuk melawat ke daerah ini” katanya

Sehubungan dengan itu Ketua Umno bahagian Beaufort ini mahukan masyarakat di daerah ini mengambil peluang dengan menjadikan perayaan pesta rumbia sebagai medan untuk menonjolkan prodak prodak pelancungan kepada pelawat yang berkunjung ke pesta kali ini.
Malah menurut Lajim kerajaan akan terus berusaha untuk meningkatkan keemudahan-kemudahan infrastruktur seperti sistem perhubungan jalan raya yang lebih baik serta perkhidmatan perbandaran yang lebih cekap bagi memenuhi keperluan semasa.
Katanya dengan pembangunan yang dijalankan berterusan, manfaat yang paling besar pastinya dapat diperoleh masyarakat setempat di Kuala Penyu yang turut menyumbang dalam industri pelancongan.
“Peluang-peluang pekerjaan yang terbuka luas di dalam industri itu turut menjana pelbagai aktiviti pembangunan yang kemudiannya membolehkan masyarakat setempat menikmati kehidupan yang selesa” tambahnya .OLEH: JAAFAR ABDUL WAHID
CAPTION:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan