Ahad, 10 Mei 2009

IBUBAPA PERLU MAIN PERANAN BESAR: LAJIM




KUALA PENYU: Ibu bapa tidak seharusnya terlalu mengharap dan menyandarkan tanggungjawab kepada guru dalam membentuk sahsiah diri serta kemajuan pendidikan anak-anak mereka.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, walaupun guru berperanan untuk mendidik pelajar tetapi ibu bapa tetap menjadi teras utama kepada masa depan anak-anak secara keseluruhannya.
''Oleh itu, ibu bapa perlu memainkan peranan lebih besar.dalam memberikan dorongan serta nasihat terhadap anak-anak mereka bagi mencapai tahap kecermalangan pendidikan sebagaimana yang diharap-harapkan ," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Permaufakatan Persatuan Ibubapa Guru (PIBG )anjuran Yayasan Sabah di Sk Kerukan pagi kemarin..
Hadir sama pada majlis itu ialah Ketua Pegawai Pentadbir Zon Yayasan Sabah bahagian Pedalaman Selatan Zulkhairi Haji Ismail dan Guru Besar Sk Kerukan Abdul Rahman Nudin
Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort berkata, ibu bapa dan guru perlu bekerjasama membantu kejayaan seseorang pelajar menerusi penganjuran aktiviti-aktiviti khusus di sekolah.
Katanya, ibu bapa dan guru juga boleh bertukar maklumat melalui perkongsian pintar mengenai kelebihan dan kekurangan pelajar bagi membolehkan kedua-dua pihak berusaha mengatasinya.
“ Jika budaya ini diamalkan kecermalangan pendidikan anak-anak akan dapat terus dijana bagi menyediakan golongan pelajar yang bukan sahaja cemerlang dari segi mindanya namun cemerlang dari sikap dan peribadinya tambah Lajim yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno Malaysia.
Terdahulu ketika berucap di majlis yang sama Zulkhairi berkata, Yayasan Sabah Nasional akan terus bersama warga pendidik bagi membantu melahirkan pelajar terbilang bukan sahaja dari sudut akademik, tetapi turut melibatkan kegemilangan dari aspek keterampilan dan sahsiah diri.
Katanya, Yayasan Sabah sudah melaksanakan perkongsian pintar dengan pihak sekolah seperti mengadakan program motivasi dan kecemerlangan pelajar termasuklah bantuan dan biasiswa kepada pelajar yang kurang berkemampuan OLEH: JAAFAR ABD.WAHID GAMBAR ERDIE ZUAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan