Khamis, 30 April 2009
USIA PERLU BERHEMAT BERBELANJA LAJIM
KOTA KINABALU : Timbalan Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin menyeru pengurusan pertubuhan tersebut di semua peringkat agar mengamalkan perbelanjaan berhemat berikutan keadaan semasa ekonomi negara yang tidak menentu.
Katanya,bermula kenaikan petrol dan diesel pada Jun lalu, kemudian dibebankan dengan harga barangan keperluan yang naik mendadak, turut menjadi cabaran kepada kerajaan,rakyat dan tidak terkecuali badan badan sukarela di negeri ini untuk mengatur dan melaksanakan program yang dirancang dimana ianya menuntut supaya semua pihak bijak mengatur kewangan.
Bagaimanapun menurut Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan , keadaan ekonomi negara yang tidak menentu bukan bermakna pertubuhan tersebut tidak perlu berbelanja langsung,atau mengerakkan program program dakwahnya, sebaliknya harus bijak merancang perbelanjaan ,perlaksanaan program program dengan mendahulukan perkara yang penting.
'' Dalam keadaan ekonomi tidak menantu ini selain bijak berbelanja perlaksanaan program program dakwah perlu diatur dan dilaksanakan secara berhemah.dan berkesan dalam dua aspek perlaksanaannya iaitu keperluan kewangan dan keberkesanannya kepada masyarakat Islam” katanya semasa ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan pertubuhan tersebut di salah sebuah hotel terkemuka di Kota Kinabalu malam kemarin.
Hadir sama Timbalan Yang Dipertua (USIA) Datuk Seri Panglima Ampong Puyun,Setiausaha Agung Datuk Haji Abdullah Hussin,Bendahari Agung Haji Ariffin Sani dan Yang Dipertua (MUIS) Datuk Syed Abbas Syed Ali
Lajim menambah menyedari hakikat itu, semua pihak perlu mengambil peranan dalam meminimumkan kesan kegawatan ekonomi yang dihadapai dengan mempertingkatkan kecekapan agensi pelaksana dan pengurusan yang beperanan menguruskan hal berkaitan kewangan
“ Usaha usaha untuk meningkatkan kedudukan kewangan pertubuhan yang sediaada perlu dipertingkatkan dari masa ke semasa ,ini termasuklah penglibatan dalam sektorr pertanian, perladangan,dan hartatanah perlu dilakukan secara lebih serius agar kedudukan kewangan pertubuhan dapat dipertingkatkan tanpa bergantung sepenuhnya kepada bantuan kerajaan” tambah Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan