Khamis, 30 April 2009

Strategi Berkesan Perlu Untuk Mempertingkatkan Penguasaan Bahasa Inggeris



BEAUFORT: Usaha bagi meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris terutamanya di kalangan pelajar di luar bandar perlu dilakukan dengan pelbagai strategi berkesan bagi mempestikan penguasaan mereka dalam bahasa ini dapat dipertingkatkan.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, jika strategi yang berkesan dapat dilakukan oleh pihak sekolah, guru-guru dan ibubapa ianya a mampu membantu pelajar menguasai bahasa inggeris yang mana ini sekali gus dapat mengatasi masalah pelajaran dan pembelajaran Matemtik dan Sains dalam bahasa inggeris (PPSMI).

“ Kita perlu melihat perlaksanaan (PPSMI) bagi mempestikan pelajar kita tidak tercicir dalam bidang sains dan perubatan, ini disebabkan kebanyakan buku buku yang diterbitkan dalam bidang ini dalam bahasa Inggeris” katanya ketika berucap menutup Program English In Camp anjuran bersama Institut Guru Malaysia Kampus Gaya dengan kerjasama Pejabat Pelajaran daerah Beaufort dan Kuala Penyu di Dewan Masyarakat Pa Musa dekat sini pagi kemarin.

Hadir sama Pengarah Institut Pendidikan Malaysia Kampus Gaya Salmah Abdullah dan Pegawai Pelajaran Beaufort Salleh Haji Eddris Timbalan Ketua Umo Bahagian Isnin Haji Ali Asnih serta lebih dari 200 orang pelajar dari daerah Beaufort dan Kuala Penyu yang menyertai program tersebut.

Menurut Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort perlaksanaan (PPMSI) tidak bermaksud untuk menghianati Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan kerana ianya akan akan tetap menjadi keutamaan kerajaan bagaimanapun menurut beliau, genarsi muda perlu dibekalkan dengan ilmu pengetuhan yang secukupnya bagi membolehkan mereka dapat bersaing di peringkat global.

“ Tanpa menguasai Sains dan Matematik dalam BI ,tidak ramai anak-anak kita yang akan menjadi pencipta berikutan mempunyai pengetuhan yang tidak mencukupi dalam bidang ini” katanya.

Lajim menambah Ilmu sains dan teknologi terlalu luas untuk diterokai dan untuk menguasainya kebolehan menguasai bahasa Inggeris amat diperlukan dalam persiangan kemajuan di peringkat global.

“ Andainya kita dapat menguasai teknologi dan ilmu dalam subjek ini ,ia akan diterjemah kepada Bahasa Malaysia dan kita tetap akan menggunakan bahasa kita” tambah Lajim

Sambil memuji usaha dilakukan oleh penganjur untuk melaksanakan program tersebut Ahli majlis Tertinggi Umno itu berharap ianya perlu diteruskan pada masa akan datang dimana ianya dapat mempertingaktkan kebolehan mereka menguasai Bahasa Inggeris disamping dapat mencermalangkan pencapaian akademik pelajar khususnya di luar Bandar: Oleh: Jaafar Abdul Wahid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan