Rabu, 29 April 2009

USAHA USIA ADAKAN PEMERAN DIHARGAI



KUALA PENYU: Usaha yang dilakukan oleh pentadbiran Ibu Pejabat Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) yang mengadakan pemeran dalam anjuran majlis majlis keagamaan mendapat pujian dari pemimpin nombor dua pertubuhan tersebut.

Timbalan Yang Dipertuanya Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, usaha tersebut dapat merapatkan hubungan antara masyarakat khususnya masyarakat Islam dan ahli-ahli (USIA) tentang peranan dan program program yang telah dan akan dilaksanakan oleh pertubuhan tersebut.

" Langkah ini wajar diteruskan agar masyarakat Islam khususnya ahli-ahli (USIA) lebih dekat dengan pertubuhan ini dan ini memberikan mereka ruang yang lebih dekat untuk mengenali sejarah dan perjuangan (USIA) dalam mengerakkan program program dakwah khususnya dalam mengangkat mertabat Islam di negeri ini" katanya ketika ditemui semasa mengadakan lawatan ke gerai pemeran (USIA) sempena Fastivel Kesenian Islam Peringkat Pedalaman Bawah di sini baru baru ini.

Menurut Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan Kerajaan Tempatan, walaupun media cetak dan elektronik sering mempaparkan berita-berita mengenai pelbagai usaha dan program (USIA) selama ini, namun tidak semua orang khususnya ahli-ahli pertubuhan tersebut berpeluang untuk mengikuti perkembangannya.

" Dalam pemeran ini pelbagai bahan dipemirkan dari sejarah penubuhan ,kepimpinan terdahulu dan terkini hinggalah ke program program mutkhair pertubuhan tersebut" tambah Lajim

Sementara itu Setiausaha Agung (USIA) Datuk Abdullah Hussin pula berkata, pemeran tersebut digerakkan oleh satu Unit pemeran dari Ibu Pejabat (USIA) dan setakat ini telah mengadakan beberapa pemeran di beberapa buah daerah antaranya Kota Kinabalu Ranau,Semporna,Beaufort dan Kuala Penyu.

" Sambutan dari orang ramai khususya masyarakat Islam cukup menggalakkan kerana pemeran ini dilengkapi sejarah awal penubuhan pertubuhan ini, kepimpinan, program sehinggalah kepada beberapa risalah agama boleh dilihat secara dekat dalam pemeran ini" katanya: oleh Jaafar Abdul Wahid

1 ulasan: