Khamis, 9 April 2009

PERLANTIKAN TIMBALAN MENTERI PKT SATU AMANAH



KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Beaufort Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin (gambar)yang dilantik ke jawatan baru sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dalam barisan kabinet baru yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kemarin berikar akan melaksanakan amanah serta tanggungjawab yang diberikan bagi memastikan konsep rakyat didahulukan Prestasi diutamakan sebagai eleman utama mengalas amanah yang diberikan kepada beliau.

Katanya, beliau amat terharu kerana diberikan kepercayaan oleh Perdana Menteri bagi menduduki jawatan Timbalan Menteri dalam saf kepimpinan beliau dan berjanji akan melakasanakan tugas yang diamanahkan sebaik mungkin bagi mempestikan segala dasar serta program pembangunan kerajaan khususnya di kementerian yang beliau duduki dapat dilaksanakan demi kepentingan rakyat.

“ Saya berterima kasih atas kepercayaan serta amanah yang diberikan oleh Perdana Menteri ,yang mana perlantikan ini merupakan satu amanah yang perlu dipikul dengan kesungguhan serta integeriti terutamanya mempestikan sistem penyamapaian berkesan bagi mengekalkan kepercayaan rakyat kepada kerajaan Barisan Nasional” katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur pagi kemarin.

Ketua Umno bahagian Beaufort itu menambah , pengalamanya dalam kabinet sebelum ini termasuklah pernah menjawat jawatan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sabah akan dapat memberikan kelebihan kepadanya melaksanakan tugas baru ini.

“ Langkah pertama saya ialah mendengar taklimat mengenai kementerian terlebih dahulu sebelum merangka sebarang perancangan terutamanya dalam mempestikan keberkesanan tugas dan tanggungjawab yang diberikan dapat dilaksanakan sepenuhnya yang memerlukan sokongan dari pegawai pegawai dan kakitangan di kementerian ini ” katanya.

Menurut beliau tugas dan tanggugjawab di kementerian baru ini merupakan satu tanggungjawab besar dan menyeluruh terutamanya bagi mempestikan struktur kementerian dilaksanakan sepenuhnya didalam memenuhi keperluan dan aspirasi rakyat .

“ Kita akan mempestikan sistem penyampaian khidmat awam khususnya di kementerian ini sentiasa diperkemaskinikan dan dipertingkatkan agar lebih berkesan seiring dengan tuntutan zaman baru serba mencabar ini.”katanya

Ini menurut beliau termasuklah usaha usaha pembasmian kemiskinan baik di kawasan Bandar dan luar Bandar dalam menyediakan perumahan kepada rakyat bagi menentukan negara sifar dari masalah setinggan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan