Rabu, 8 April 2009

KABINET NAJIB HARAPAN RAKYAT





SEHARIAN INI telefon bimbitku tidak pernah sunyi menerima panggilan, dari awal pagi sebelum saya keluar dari rumah menuju ke pejabat pelbagai panggilan yang ku terima, dari orang orang di kawasan, sahabat,peniaga,kontraktor,rakan rakan media termasuklah mereka yang jarang jarang menghubungi saya tiba tiba hari ini muncul panggalian mereka.Pertanyaannya satu sahaja berpeluangkah “Boss Kita ” Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin yang baru sahaja dinobatkan sebaga Ahli Majlis Tertiggi (UMNO) dilantik di dalam Kabinet baru dibawah kepimpinan Perdana Menteri Baru Datuk Seri Mohd.Najib Tun Razak untuk jawatan Menteri Penuh atau kekal sebagai Timbalan Menteri.
Jawapanku mudah sahaja, belum ada sebarang perkembangan yang saya ketuhai disamping mengajak mereka yang menghubungiku memanjatkan doa semoga harapan ahl-ahli Umno di Sabah bagi menambah lagi jumlah seorang lagi wakil dari parti ini akan menduduki barisan Kabinet baru Najib kali ini, tanpa mengira siapa kerana Sabah memiliki banyak tokoh yang boleh diketengahkan.
Perhatian kini tertumpu kepada rombakan kabinet yang bakal dilakukan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak yang mulanya dijadualkan pada petang rabu namun ditangguhkan hingga ke petang khamis .Sebagai ahli politik dan juga rakyat biasa tentulah saya dan seluruh rakyat khususnya di negeri ini memohon Perdana Menteri agar jangan terburu buru membuat keputusan dan berfikir sedalam-dalamnya dengan mengambil kira pandangan segenap lapisan rakyat yang mengharapkan barisan kabinet yang bakal dilantik mencerminkan aspirasi rakyat di peringkat akar umbi khususnya di Sabah yang masih memerlukan pembelaan dalam pelbagai bidang pembangunan.

Hakikatnya kerajaan yang dibentuk bukan sahaja ditentukan oleh UMNO atau perwakilan sahaja. Kerajaan adalah milik rakyat. Justeru pandangan serta aspirasi suara hati mereka, tanpa mengira darjat dan keturunan. Dari golongan korporat, profesional, penganalisis politik, nelayan, pesawah, guru, ibu bapa, pelajar, tukang kebun, peraih kelapa, askar, polis dan juga media perlu diambil kira sebagai asas dalam pembentukan cabinet baru ini. Antara suka dan tidak suka golongan ini adalah paling rapat dengan rakyat di peringkat akar umbi.

mengimbas kembali ucapan ulong PM - rakyat didahulukan - maka PM perlu memilih pemimpin yang disenangi rakyat. Negara ini adalah hak milik rakyat dan bukan hak UMNO. Beberapa calon menang dalam Pemilihan Agung UMNO (PAU) kerana mereka pilihan perwakilan dan bukan pilihan akar umbi. Maka, PM tidak perlu rasa terikat untuk memilih calon-calon ini. PM perlu memilih calon yang bersih dan amanah, dan bukannya yang sudah didapati bersalah (tetapi bernasib baik tidak dihukum). Calon yang tidak didapati bersalah, tetapi mempunyai reputasi mencurigakan juga harus diketepikan. Mungkin ada yang bernasib baik terlepas disebabkan kurang bukti.

Mereka yang diberikan mandat bagi menduduki barisan kabinet baru di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib perlu dari seorang yang mempunyai rekod dan keperibadian yang baik dan mesra rakyat. Jika ini menjadi sebahagaian ukurannya Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin yang kini menjadi Ketua Umno bahagian Beaufort adalah antara pemimpin yang boleh diiktiraf sebagai pemimpin mesra rakyat dan sentiasa mengamalkan konsep turun padang bagi mendekati rakyat di peringkat akar umbi. Sejarah tahun 1994 apabila beliau bersama rakan-rakan yang lain keluar meninggalkan parti Bersatu sabah (PBS) yang ketika itu menjadi parti pembangkang di Sabah dan menyertai Umno membolehkan kerajaan Barisan Nasional dapat dibentuk di Sabah sehingga ke hari ini. Sejarah ini masih makar dalam ingatan rakyat di negeri ini .Jika nilai mesra rakyat yang bertunjangkan kekuatan di peringkat akar umbi pengorbanan serta perjuangan seperti ini menjadi ukuran maka Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin layak untuk dinaikkan pangkat menjadi Menteri Penuh dalam Kabinet Datuk Seri Najib.

Datuk Seri Najib tidak perlu risau dengan tohmahan pembangkang yang menyalahkan BN, UMNO dan PM kerana gagal merampas Bukit Gantang dan Bukit Selambau kerana rakyat menerima hakikat bahawa adalah mustahil bagi PM memperbaiki keadaan kelam kabut selama lima tahun di bawah kepemimpinan terdahulu, dalam masa lima hari.
Perlu diambil kira juga dalam perlantikan Kabinet baru ini adalah aspirasi rakyat di Sabah dan Sarawak jika setuasi di semenanjung dapat dilihat dalam dua keputusan pilihanraya kecil baru-baru ini ,maka tumpuan di Sabah dan Sarawak perlu dilihat dari segi sokongan kepada pembentukan Kerajaan Barisan Nasional bagi pada masa lalu dan akan datang dan ini juga akan menjadi kayu pengukur bagi memberikan pertimbangan akan keperluan untuk menambah bilangan Menteri Kabinet dibawah kepimpinan PM baru dari kedua dua negeri ini

Apapun kesimpulannya semua terserah kepada kebijaksanaan Datuk Seri Najib sebagai nakoda baru yang akan menentukan hala tuju pembangunan Negara pada masa akan .Rakyat sudah tentu mengharapkan Kabinet Baru adalah Kabinet Mesra Rakyat dan boleh bekerja untuk rakyat sebagai mana yang ditegaskan Datuk Seri Najib sebelum ini, Rakyat,Parti dan Kerajaan adalah teras kepada kekuatan Barisan Nasional untuk terus mentadbir dan melaksanakan tanggungjawabnya kepada rakyat.
“ MALAYSIA TERUS SEJAHTERA “

Tiada ulasan:

Catat Ulasan