Selasa, 7 April 2009

KEMASUKAN TUN DR.MAHATHIR KE DALAM UMNO BAWA KESAN POSITIF LAJIM



Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin menerima ucapan tahniah dari penyokong penyokongnya

"Walaupun Dr. Mahathir telah bersara namun beliau masih mempunyai pemikiran yang tajam dan sentiasa berfikir memberi pandangan berguna untuk rakyat serta pemimpin negara pada masa ini dan saya yakin beliau juga tidak akan campur tangan dalam urusan pentadbiran Negara dan parti” LAJIM UKIN


KUALA PENYU: Ahli Majlis tertinggi Umno Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin yakin kemasukan semula bekas Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir Muhamad untuk menyertai semula Umno memberikan kesan yang positif untuk perpaduan dan kekuatan parti.

Katanya, sebagai negarawan serta bekas Presiden parti kemasukan semula Dr.Mahathir dilihat sebagai petanda beliau mempunyai tanggungjawab serta komitmen untuk memulihkan semula imej parti bagi menghadapi cabaran akan datang.

“ Sebagai yang terlibat dalam usaha mengemukakan cadangan untuk merayuh beliau (Dr.Mahathir) kembali menyertai semula Umno dalam perjumpaan saya bersama beliau sebelum ini , sudah tentu keputusan ini amat mengembirakan semua pihak khususnya ahli-ahli Umno di peringkat akar umbi” katanya ketika ditemui selepas diraikan dalam satu majlis ringkas oleh Umno Cawangan Kampung Jangkit atas kejayaannya memenangi kerusi Ahli Majlis Tertinggi Umno dekat sini baru baru ini.

Menurut Lajim yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan sebagai seorang pemimpin yang banyak berjasa terhadap kemajuan dan kestabilan politik negera , Dr. Mahathir mampu memainkan peranannya bagi memberikan pandangan dan nasihat kepada pemimpin dan ahli-ahli parti.

“Walaupun Dr. Mahathir telah bersara namun beliau masih mempunyai pemikiran yang tajam dan sentiasa berfikir memberi pandangan berguna untuk rakyat serta pemimpin negara pada masa ini dan saya yakin beliau juga tidak akan campur tangan dalam urusan pentadbiran Negara dan parti” katanya
Lajim berkata, kembalinya semula Dr. Mahathir ke dalam UMNO dan menyokong BN telah menjadikan sokongan rakyat meningkat kerana beliau adalah tokoh penyatuan masyarakat di seluruh negara.
''Dalam keadaan perpaduan yang rapuh serta suasana politik di dalam negara yang tidak menentu buat masa ini, kehadiran Tun Dr. Mahathir bersama kita amat bersar maknanya” tambah Lajim
Mengulas kemenangan beliau dalam pemilihan Umno baru baru ini Ketua Umno bahagian beaufort itu berkata ianya merupakan kemenangan semua pihak khususnya ahli-ahli Umno di negeri ini.

“ Saya beterima kasih atas sokongan yang diberikan seluruh perwakilan, dan kemenangan ini merupakan satu amanah serta tanggungjawab bagi membawa kehendak dan aspirasi ahli untuk diketengahkan di peringakt nasional “ katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan