Ahad, 12 April 2009
MUSA: KERAJAAN NEGERI KOMITED CEMERLANGKAN PENDIDIKAN
CENDERA KENANGAN..Lajim menerima cendera kenangan dari Timbalan Timbalan Yang Dipertua (PIBG) SMK Beaufort Jainal Jilon selepas merasmikan majlis tersebut
BEAUFORT: Kerajaan negeri akan terus komited membantu semua sekolah bagi merealisasikan hasrat mencapai kecemerlangan dalam bidang pendidikan.
Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman berkata, kerajaan memastikan bidang pendidikan menerima peruntukkan besar dalam RMK-9 khususnya bagi mempertingkatkan mutu pendidikan di kawasan luar Bandar.
Disamping itu katanya, kerajaan negeri juga akan memantau setiap pelaksanaan program pendidikan bagi memenuhi aspirasi rakyat di negeri ini.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis Makan Malam Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Beaufort, di Dewan Pa Musa Beaufort malam kemarin.
Teks ucapan beliau disampaikan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin .
Datuk Musa berkata, dalam tempoh yang sama beliau, berpuas hati terhadap prestasi sekolah luar bandar sehingga mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan baru-baru ini.
Musa yang juga Menteri Kewangan berkata , pemilihan SMK Beaufort sebagai 'sekolah kluster' merupakan satu anugerah atau kepercayaan serta amanah daripada Kementerian Pelajaran Malaysia.
Katanya, Penghargaan ini perlu diterjemahkan melalui keputusan cemerlang agar SMK Beaufort menjadi sekolah contoh cemerlang terutama di kawasan luar Bandar.
Beliau berharap agar SMK Beaufort akan memperkukuhkan lagi kerjasama dengan pihak pengurusan sekolah untuk memastikan pembangunan akademik sekali gus menyumbang prestasi cemerlang di masa depan
Hadir sama di majlis tersebut Timbalan Ketua Umno Bahagian Insin Haji Aliasnih,Pengetua SMK Beaufort Asliari Haji Tamit dan Timbalan Yang Dipertua PIBG SMK Beaufort Jainal Jilon dan Ketua Pegerakan Puteri Umno Beaufort Saridah Datuk Mohd.Dun.OLEH: JAAFAR ABDUL WAHID
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan