Ahad, 12 April 2009
KEJAYAAN CEMERLANG PEMIMPIN UMNO SABAH BUKTI SUMBANGAN DIHARGAI LAJIM
MESRA...Lajim bersalaman dengan guru guru SMK Beaufort sejurus tiba ke majlis tersebut
DIRAYAHKAN Lajim (tengah) bersama pemimpin Umno yang lain memotong kek sebagai tanda meraikan kemenangan beliau untuk jawatan Ahli Majlis Tertinggi Umno dan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
BEAUFORT: Kemenangan ramai pemimpin dalam pemilihan Umno kali ini membuktikan Umno Sabah bukan sekadar pelengkap kepada parti Barisan Nasional (BN) di peringkat pusat.
Ahli Majlis tertinggi Umno Malaysia, Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, kemenangan ini menolak tanggapan parti pembangkang bahawa kononnya Umno Sabah hanya hiasan meja serta mencukupkan syarat sedia ada ternyata meleset.
Katanya, kemenangan ini sebagai bonus untuk membolehkan Umno Sabah membawa isu-isu negeri ini di peringkat nasional sekali gus berusaha untuk bersama-sama menanganinya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas mewakili Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman di majlis Makan Malam SMK Beaufort di Dewan Pa Musa Beaufort malam kemarin
Hadir sama Timbalan Ketua Umno Bahagian Isnin Haji Aliasnih,Naib Ketua Bahagian Datuk Kimjus Duim Ketua Puteri Saridah Datuk Mohd.Dun dan Pengetua SMK Beaufort Asliari Haji Tamit.
Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia berkata, penyertaan Dato Seri Mohd Shafie Afdal sebagai Naib Presiden, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin Ketua Puteri Malaysia, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman dan Datuk Bung Moktar Radin dalam Ahli Majlis Tertinggi mampu memperkukuhkan parti Umno di masa depan khususnya di Sabah
Dalam tempoh yang sama beliau berkata, Umno Sabah akan mengemukakan cadangan mengenai kekukuhannya di Sabah meksipun dianggotai bukan 100-peratus melayu Islam berbanding di semenanjung Malaysia.
Menurut beliau cadangan itu akan diperhalusi di peringkat negeri sebelum dikemukakan ke Umno pusat bagi membantu mengembalikan semula keyakinan orang melayu terhadap kepimpinan Umno.
Sementara itu ketika ditanya mengenai kemenangan parti pembangkang dalam pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang dan Dun Bukit Selambau Datuk Lajim berkata, BN akan menjalankan post moterm dalam tempoh terdekat bagi mengenal pasti puncanya kekalahannya termasuk mencari pendekatan terbaru untuk menarik minat pengundi memilih BN di masa depan.
Beliau menambah, pada pilihanraya kali ini terdapat peningkatan ketara undi orang melayu kepada BN sekali gus menunjukkan perkembangan positif kepada Umno dan BN di masa depan
“ Kita perlu melihat kekalahan ini dari sudut positif dimana ianya akan menjadi ajakan paradigma bagi pemimpin dan anggota parti bagi memperbaiki segala kelemahan yang dikenal pesti agar kekuatan parti dapat kita terjemahkan pada pilihanraya umum akan dating” katanya.OLEH: JAAFAR ABDUL WAHID
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan