Ahad, 5 April 2009
ELAK MEMASANG TALI PINGGANG KELIDER TIRUAN LAJIM
SOKONGAN….Lajim (tengah) bersama kepimpinan Umno bahagian turut mengabadikan gambar kenangan bersama ahli-ahli Umno cawangan kampong Jangkit yang diketuai oleh Ketua Cawangan Saiman Senang di majlis tersebut
KUALA PENYU: Pemilik kenderaan yang belum dilengkapi dengan tali pinggang kelider di bahagian belakang ,dinasihatkan agar lebih berhati-hati ketika melakukan pemasangan bagi mengelak mereka memasang tali pinggang kelider yang tidak mengikut pawaian yang telah ditetapkan.
Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, perkara ini perlu diberikan perhatian serius kerana terdapat kes pembekal keperluan peralatan tersebut yang menjaul tali pinggang kelider yang tidak mengikut pawaian yang sebenarnya.
“ Pemilik kenderaan perlu peka dan tidak memasang tali pinggang kelider yang tidak mengikut pawaian yang diluluskan walaupun ianya dijual dalam harga yang murah namun aspek keselamatan perlu diberikan keutamaan” katanya ketika ditemui media selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah bagi pembinaan jalanraya antara Kampung Kerukan,Mansud,Tanjung Aru dan Melikai dekat sini sabtu lepas.
Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort berkata demikian ketika diminta mengulas laporan media dimana pihak Jabatan Keselamatan Jalanraya telah mengesan kenderaan di Pulau Pinang yang memasang tali pinggang kelider di bahagian belakang yang mematuhi pawaian yang telah ditetapkan.
Menurut Lajim kementerian beliau memandang serius laporan tersebut dan siasatan terperinci akan dilakukan bagi mempestikan setiap pembekal(peniaga) yang menjual peralatan tersebut perlu mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.
“ Jika didapati ada pembekal ( kedai) yang membekalkan tali pinggang kelider tidak mengikut standard yang diluluskan ,tindakan tegas akan kita ambil” jelas Lajim.
Di majlis yang sama Lajim juga turut dirayahkan oleh Umno Cawangan Kampung Jangkit Kuala Penyu atas kejayaan beliau memenangi jawatan ahli majlis tertinggi Umno pada perhimpunan agung parti itu baru baru ini.
Menurut Lajim kejayaan tersebut merupakan kejayaan semua pihak khususnya ahli-ahli Umno di bahagian Beaufort yang selama ini memberikan sokongan padu terhadap kepimpinan beliau sebagai pemimpin di kawasan tersebut.
“ Kejayaan ini kejayaan semua pihak, dan apa yang saya harapkan dengan adanya sokongan ini seluruh aspirasi rakyat khususnya di kawasan ini akan dapat disuarakan di peringkat kepimpinan tertinggi parti bagi menentukan kestabilan serta kemajuan dapat terus dinikmati oleh rakyat” katanya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan