Sabtu, 4 April 2009

125 KILOMETER LAGI JALANRAYA DI KUALA PENYU AKAN DINAIKTARAF








KUALA PENYU: Kira kira 125 kilometer lagi jalanraya di kawasan Dewan Undangan Negeri Kuala Penyu akan dinaik taraf dengan mensasarkan perlaksanaan projek berkenaan akan dilaksanakan sebelum tempoh rancangan Malaysia ke-9 berakhir.

Ahli Parlimen Beaufort Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, setakat ini sejauh 52 kilometer jalanraya di kawasan tersebut telahpun dinaik taraf dimana sebahagiannya telahpun dilaksanakan sepenuhnya sementara sebahagiannya lagi kini dalam proses pembinaan.

“Perlaksanaan projek menaik taraf jalanraya ini merupakan komitmen kerajaan Barisan Nasional dalam menyediakan kemudahan asas yang lebih selesa untuk kepentingan rakyat khususnya di kawasan ini” katanya ketika berucap merasmikan majlis Pecah Tanah bagi pembinaan projek naik taraf jalanraya antara Kampung Kerukan,Mansud,Tanjung Aru dan melikai di kampong Kerukan dekat sini petang kemarin.

Hadir sama Wakil Rakyat Kuala Penyu John Teo Mau Sing,Pegawai Daerah Kuala Penyu Edmond Teo Timbalan Ketua Umno bahagian Beaufort Isnin Haji Aliasnih ,Naib Ketua Bahagian Datuk Kimjus Duim dan Bendahari Umno bahagian Mohd.Zahari Zinin.

Menurut Lajim yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan, Projek Naik Taraf jalanraya antara Kampung Kerukan,Mansud,Tanjung Aru dan Melikai merupakan antara projek mega yang dilaksanakan oleh kerajaan pada tahun ini dimana ianya melibatkan kos sebanyak 32.7 juta dan dijangka siap sepenuhnya pada bulan Oktober 2010.

“ Perlaksanaan projek ini bukan sahaja memberikan kemudahan asas yang lebih sempurna kepada penduduk setempat namun dalam masa yang sama kita mengharapkan ianya akan menjadi penjana kepada peningkatan taraf siso ekonomi rakyat melalui penglibatan mereka dalam pelbagai sektor antaranya pertanian,pelancungan,penternakan dan sebagainya” katanya.

Lajim menambah perlaksanaan projek tersebut juga merupakan manifestasi kerajaan dibawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengutamakan kepentingan rakyat, demi menjelmakan sebuah kerajaan yang mengutamakan prestasi berpaksikan keutamaan rakyat.
“Rakyat diutamakan akan merentasi seluruh lapisan masyarakat dan kumpulan etnik di setiap pelosok tanah air,tidak ada sesiapa yang patut merasakan diri mereka tercicir atau terpinggir daripada wacana nasional” tambah Lajim yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno: OLEH: JAAFAR ABDUL WAHID

Tiada ulasan:

Catat Ulasan