Rabu, 4 Mac 2009

SALAM TERIMA KASIH



Sebaik sahaja saya menerima panggilan telefon dari Ketua Penerangan Umno bahagian Beaufort Tuan Haji Samin Haji Ongki bertanyakan tentang Blog Kalam Jaafar, saya amat tersentuh menunjukkan beliau amat prihatin dengan perkembangan semasa terutamanya Blog saya, yang sepenuhnya memuatkan aktiviti-aktiviti Timbalan Menteri Pengangkutan yang juga Ketua Umno bahagian Beaufort Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin termasuklah juga kegiatan-kegiatan Umno di bahagian Beaufort . Sehingga kini hanya beliau yang menghubungi saya bertanyakan perkembangan blog ini dan mungkin berusaha melayarainya. Saya berharap bukan sahaja Saudara Haji Samin namun semua ahli jawatankuasa bahagian termasuklah ahli-ahli Umno dan rakyat di kawasan Parlimen P.177 Beaufort akan melayarai dan mengikuti perkembangan blog ini dari masa ke semasa dan sedia berkongsi pengalaman serta memberikan ulasan atau komen-komen yang positif dan membina demi untuk kebaikan blog ini agar kandungan serta kualitinya dapat dipertingkatkan. Dengan komen yang membina itu kita akan sama-sama memperolehi kebaikan.Selamat Meluncuri Blog Kalam Jaafar. Salam Terima kasih dari sidang editor Kalam Jaafar.Blogpost.com.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan