Khamis, 5 Mac 2009

DEMI KERANA TUGAS






KEMALANGAN terlanggar tunggul kayu bunga yang menghentam dadaku sewaktu menjayakan "Program TV3 Bersamamu" yang dihadiri oleh Timbalan Menteri Pengangkutan yang juga Ahli Parlimen P.177 Beaufort Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin yang disertai oleh Isteri Beliau di Kampung Temporong pada Sabtu lepas 28 Febuari 2009 memang amat memedihkan.Seperti pepatah "Malang Tidak Berbau" walaupun seawalnya saya melihat lokasi pokok kayu ini namun semasa beredar pulang dalam kesibukan mengambil angle gambar yang sesuai akhirnya saya tanpa menyedari terlanggar pokok kayu ini, namun ketika itu saya tidaklah merasa sakit sangat namun bimbang juga tulung rusuk patah atau darah membeku didalam . Ingin juga terus mendapatkan rawatan susulan selepas kejadian ini namun kerana hembatan masa dengan tugas yang perlu saya hadapi selepas majlis ini saya tangguhkan seketika sehinggalah masuk hari yang ke empat selepas kejadian saya ke klinik untuk mendapat rawatan kerana bimbang berlaku pendarahan dalaman atau tulang rusuk patah kerana memang terasa sakit bila bergerak,masa memandu,batuk dan bernafas juga menyebabkan saya demam . Syukurlah hanya lebam di bahagian dalam rusuk dan berlaku kekajangan otot doktor menasihatkan saya berehat dari melakukan sebarang aktiviti seharian. Realitinya kejadian ini terpaksa diterima demi tugas dan apa yang dirasakan ini mungkin lebih perit dariapa yang dirasakan oleh keluarga Masri Jainal yang dibantu melalui program TV3 Bersamamu ini,seperti SMS dari sahabat Saudara Lokman Sunggim yang tahu kejadian ini katanya, " Hanya Tuhan yang mengetuhai Pengorbananku" namun selebihnya siapakah yang akan menghargainya?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan