Jumaat, 6 Mac 2009

CADANGAN PEMBINAAN JAMBATAN LABUAN SABAH DISOKONG



LOKMAN SUNGGIM… Rakyat Sambut baik cadangan kerajaan mempertimbangkan pembinaan jambatan antara Sabah dan Pulau Labuan
KUALA PENYU: Pelbagai pihak memberikan reaksi yang positif terhadap cadangan Kerajaan Persekutuan bagi membina jambatan yang menghubungkan tanah besar Sabah ke Pulau Bebas Cukai Wilayah Persekutuan Labuan.

Timbalan Ketua UPKO Bahagian Kuala Penyu Lokaman Sunggim ketika ditemui berkata, cadangan ini merupakan cadangan positif yang memberikan kesan jangka panjang bukan sahaja untuk mempertingkatkan kemudahan perhubungan bagi orang ramai antara Labuan dan Sabah namun dalam jangka masa yang sama ianya mampu menyumbangkan kepada peningkatan ekonomi masyarakat setempat.

“ Kita mengalu-alukan cadangan kerajaan untuk mempertimbangkan pembinaan jambatan ini, ianya perlu dilihat sebagai sesuatu yang begitu positif dan relevan dengan keperluan rakyat di kedua dua tempat dan dalam masa yang sama yang dapat menjana kemajuan untuk terus dikecapi oleh rakyat” katanya ketika ditemui di sini.

Lokman yang juga Presiden Persatuan Pengusaha Bas Bumiputera Sabah berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada khamis lepas yang menyatakan kerajaan Pusat sedia menimbang untuk membina jambatan antara Sabah dengan Pulau Labuan dan meminta Unit Perancang Ekonomi (EPU) melakukan kajian kesesuaian untuk projek berkenaan.

Menurut Lokman sudah tiba masanya bagi kerajaan memikirkan keperluan jambatan ini untuk jangka masa panjang yang bukan sahaja turut membantu mempertingakatkan ekonomi rakyat di Pulau bebas cukai itu namun kesannya akan dapat dirasai oleh rakyat Sabah khususnya di sekitar kawasan ini.

“ Dengan terbinanya jambatan ini pelbagai industri dapat dibangunkan terutamanya dalam sektor pelancungan dan juga pertanian dimana kawasan ini khusuanya daerah kecil Menumbok dan persekitaranya akan mendapat limpahan hasil daripada perlaksanaan projek ini kelak ” tambah Lokman.

Lokman menambah isu pembinaan jambatan antara Labuan dan Sabah telah lama diperkatakan walaupun ianya mendapatreaksi yang berbeza dimana ada kalangan pemimpin tertentu melihat perlaksanaan projek ini tidak sesuai namun menurut Lokman perlaksanaannya memberikan manafaat untuk kepentingan rakyat di kedua dua tempat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan