Selasa, 3 Mac 2009

PERUBAHAN BAGI PESTIKAN UMNO TERUS RELEVAN LAJIM





HUJAH…Lajim melontarkan hujahnya ketika di Wawancara oleh pengantara program Wan Sharina dari RTM Angkasapuri semasa lintas langsung tersebut
BERSIARAN LANGSUNG…Lajim dibantu oleh juruteknik RTM sebelum lintas langsung tersebut bermula

KOTA KINABALU: Perubahan yang dicadangkan untuk UMNO selepas pemilihan parti penghunjung Mac ini mampu meningkatkan kuasa parti itu dan memastikannya terus relevan di kalangan orang Melayu.

Ketua Umno Bahagian Beaufort Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, tanpa perubahan yang tertentu orang Melayu dan Bumiputera tidak akan memandang UMNO masih relevan untuk mereka.

"Selain itu, UMNO perlu memastikan yang parti berkenaan memberikan manfaat kepada seluruh masyarakat Melayu di negara ini dan bukan sahaja di kalangan ahli-ahli parti sahaja," katanya dalam Rancangan lintas langsung Program Isu @1 di Satudio C RTM Kota Kinabalu malam tadi

Siaran Langsung selama sejam itu juga turut mengundang Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Husni Mohamad dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim sebagai panel yang dipengerusikan oleh Wan Sharina sebagai perantara nya membincangan isu “Umno Masih Relevan”

Menurut Lajim yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan Umno perlu memikirkan bentuk perubahan bukan sahaja strukturnya namun pendekatan kepada ahli di peringkat akar umbi yang menjadi nadi kekuatan kepada parti

Beliau berkata, struktur sekarang menyaksikan suara ahli UMNO di peringkat cawangan dibawa ke mesyuarat bahagian dan kemudian ke perhimpunan agung.

"Struktur sekarang hanya mendengar suara 2,300 hingga 2,500 ahli UMNO daripada 3 juta ahli secara keseluruhan pada setiap perhimpunan agung.

"Secara dasarnya, ia tidak mendengar suara akar umbi secara keseluruhan. Jika perubahan struktur hendak dilakukan, ia harus mengutamakan suara di peringkat akar umbi," katanya.

Mengulas peranana Umno sejak ianya mengebangkan sayapnya ke Sabah,Lajim berkata parti tersebut amat relevan dalam menjana kemajuan dan kestabilan politik di negeri ini.

Katanya, keupayaan Barisan Nasional khususnya mengekalkan rekod kejayaan cemerlang pada dua pilihanraya umum selepas Umno melebarkan sayapnya ke Sabah membuktikan Barisan Nasional khususnya Umno masih relevan di negeri ini.

“ Ini turut dibantu dengan adanya permaufakatan dalam keluarga BN dimana semua pihak dapat menjalin hubungan serta kerjasama yang bagi menentukan kejayaan ini dapat diteruskan demi masa depan dan kemajuan rakyat Sabah yang masih dahagakan keperluan pembangunan agar beterusan” tambah Lajim yang juga calon Ahli Majlis Tertinggi Umno.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan