Selasa, 3 Mac 2009
PERHIMPUNAN AGUNG UMNO TAHUN INI AGENDA PENTING PERKASAKAN PARTI
KOTA KINABALU: Ketua Umno Bahagian Beaufort Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, pemilihan pucuk pimpinan tertinggi Umno pada 24 hingga 28 Mac ini bukan sahaja dilihat sebagai asas menyokong plan peralihan kuasa namun ianya akan menjadi wadah pertemuan untuk memperkasakan parti.
Katanya, para perwakilan yang datangnya dari seluruh bahagian di negeri ini perlu mengambil kesempatan ini untuk membahaskan isu-isu yang begitu amat penting dalam usaha untuk memulihkan imej dan kekuatan parti menghadapi cabaran masa kini dan akan datang.
“ Pada persidangan kali ini bukan sahaja ahli-ahli parti menentukan kepimpinan yang akan menerajui parti namun hakikatnya perwakilan perlu serius membahaskan usul-usul yang relevan dan mampu menyumbang kepada kekuatan parti “ katanya ketika ditemui selepas menghadari program ramah mesra dan memperkenalkan calon di bangunan Umno Kota Kinabalu baru baru ini.
Menurut Lajim yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan perwakilan yang hadir ke perhimpunan agung parti kali ini menggalas satu amanah dan tanggungjawab besar bukan sahaja membantu kepimpinan Presiden parti namun menentukan kepimpinan parti yang dapat berkerja dalam satu pasukan demi masa depan parti yang banyak berjasa kepada bangsa,agama dan Negara.
“ Perwakilan tentulah lebih matang dan bijak menentukan calon-calon yang akan mereka pilihan yang penting pemilihan kali ini berlaku dalam suasana yang penuh harmoni dan kekeluargaan dimana akhirnya perpaduan yang perlu diutamakan demi untuk perjuangan parti yang belum selasai” tambah Lajim yang juga calon Ahli Majlis tertinggi Umno pada pemilihan kali ini.
Ketika diminta mengulas sumbangan Umno dalam mengangkat martabat bumiputera di Sabah, Lajim berkata, sejak kemasukan Umno ke Sabah banyak perubahan telah berlaku terutamanya dari segi kemajuan pembangunan insfrstrukur ,pendidikan,,ekonomi dan kesihatan.
“ Peruntukan yang disediakan oleh kerajaan Pusat dalam RMK-9 cukup besar dalam menjana pembangunan di negeri ini, perlaksanaan Koridor Pembangunan Sabah merupakan manifestasi bagi menentukan pembangunan terus dilaksanakan di negeri ini tidak kira di kawasan Bandar dan luar Bandar”tambah Lajim
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan