Sabtu, 28 Februari 2009
PENYERTAAN PEMIMPIN UMNO SABAH DI PERINGKAT NASIONAL PENTING
LANCAR…Lajim bersama Isnin serta diperhatikan oleh jawatankuasa Umno bahagian Beaufort turut melancarkan kelinder resmi Umno bahagian itu selepas mempengerusikan mesyuarat tersebut
KOTA KINABALU: Penyertaan pemimpin Umno dari negeri ini dalam saf kepimpinan Umno di peringkat pusat amat relevan bukan sahaja untuk membantu kepimpinan tertinggi parti namun dalam masa yang sama turut memainkan peranan bagi memulihkan keterbliti Umno yang mula tercalar selepas pilihnaraya umum yang lepas.
Ketua Umno bahagian Beaufort yang juga calon Ahli Majlis Tertinggi Umno pada pemilihan parti penghujung Mac ini Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, berdasarkan komiten tersebut beliau bersama-sama pemimpin yang lain dari negeri ini turut menawarkan diri bertanding pada pemilihan kali ini.
Selain Lajim turut mempertahankan jawatan dalam pemilihan kali ini ialah Ketua Menteri Datuk Seri Musa Haji Aman sebagai AMT,Menteri Perpaduan,Kebudayaan dan Warisan Dato Seri Haji Mohd.Shafie Afdal untuk jawatan Naib Presiden dan Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin bagi jawatan AMT
Menurut Lajim yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan keputusan untuk menawarkan diri bertanding dalam pemilihan kali ini bagi membolehkannya bersama pemimpin yang lain dari negeri ini membawa pandangan dan aspirasi rakyat khususnya ahli Umno di negeri ini ke peringkat nasional.
“ Aspirasi ahli parti di negeri ini perlu diketengahkan, keperluan dari pelbagai sudut pembangunan masih diperlukan oleh rakyat di negeri ini, kepercayaan yang diterjemahkan melalui pilihanraya umum yang lepas membuktikan Umno di negeri masih relevan yang menjadi penyumbang kepada kejayaan BN pada pilihanraya umum yang lepas” katanya kepada pemberita selepas mempengerusi mesyuarat ahli jawatankuasa Umno bahagian Beaufort ,di salah sebuah hotel di Kota Kinabalu petang kemarin.
Hadir sama Timbalannya Isnin Haji Aliasnih,Naib Ketua Bahagian Datuk Kimjus Duim dan Setiausaha Bahagian Nafsin Aliamat.
Menurut Lajim beliau berkesempatan melawat dan menemuai para perwakilan di seluruh negeri dan hasil pertemuan tersebut beliau yakin perwakilan dari seluruh bahagian akan memberikan sokongan dan ruang kepada pemimpin pemimpin dari negeri ini untuk menduduki barisan kepimpinan tertinggi parti pada pemilihan kali ini.
Dalam perkembangan lain Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort berkata, mesyuarat Umno bahagian itu kali ini turut membincangkan beberapa isu terutamanya gerak kerja yang perlu dilakukan oleh setiap biro bagi mendekati ahli di peringkat akar umbi perlu dilaksanakan secara konsinsten.
“ Budaya turut padang perlu dilakukan kerap kali, kita tidak mahu dilebalkan sebagai pemimpin dan parti yang bermusim ,peranan serta tanggungjawab yang diamanahkan perlu dilaksanakan tanpa musim” katanya.
Menurut Lajim lagi bagi memperkukuhkan jentera parti di bahagian itu satu rombakan bagi jawatan Ketua-Ketua daerah Mengundi akan dilakukan dalam tempoh terdekat ini dan ianya akan dibincang dan diputuskan oleh Jawatankuasa Biro Pengurusan Parti yang beliau pengerusikan setelah mengambil kira pandangan jawatankuasa yang lain.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan