Sabtu, 28 Februari 2009
90 PERATUS MASALAH KEMISKINAN DI PARLIMEN BEAUFORT DI ATASI
KUALA PENYU - Masalah kemiskinan di kawasan Parlimen Beaufort telah 90 peratus diselesaikan, sekali gus membantu merealisasikan hasrat kerajaan mencapai status sifar kemiskinan menjelang tahun 2010 kelak.
Ahli Parlimen Beafort Datuk Seri Panglima Lajim Haji Ukin berkata, pihaknya sentiasa memantau kes kemiskinan di kawasan itu selain semua Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) memastikan tiada keluarga miskin yang tercicir mendapat bantuan.
"Sebagai Ahli Parlimen segala permohonan dan masalah yang dikemukakan sentiasa diambil kira dan dikaji semula mengikut kesesuaian dan keperluannya sebelum ia diluluskan dengan mengambil kira makanisme bantuan yang perlu disalurkan.
"Namun, kelulusan bantuan itu bukan semata-mata daripada saya sebagai Ahli Parlimen,namun melalui jabatan serta agensi kerajaan yang lain kita juga memohon bantuan mengikut keperluan dan peruntukan yang boleh disalurkan ," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menjayakan program ”TV3 Bersamamu” dan penyerahan bantuan kepada keluarga Masri Jainal di kampong Temporong dekat sini pagi kemarin
Menurut Lajim yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan melalui penglibatan dan komitmen semua JKKK, pemimpin masyarakat, jabatan kerajaan termasuk media pihak berkenaan akan menyediakan laporan dan mengemukakan laporan kepada wakil rakyat agar mereka yang memerlukan bantuan dapat diambil tindakan selanjutnya.
Pada masa yang sama, beliau meminta masyarakat di kawasan Parlimen itu agar dapat memaklumkan kepada JKKK di kawasan masing-masing sekiranya mereka menghadapi masalah dan memerlukan bantuan.
"Jangan berdiam diri, kerana berkemungkinan ada yang terlepas pandang kerana itu pelbagai program diadakan oleh kerajaan seperti program jejak ,OPS Klien dan sebagainya dengan harapan golongan sasar dapat di pantau dan diberikan perhatian “katanya.
Dalam perkembangan berkaitan Lajim juga berkata setakat ini sebanyak 66 buah rumah dibawah program PPRT di kawasan DUN Kuala Penyu telahpun dilaksanakan dimana dibawah projek ini kerajaan telah menyediakan kemudahan kemudahan tempat tinggal yang lebih selesa kepada mereka yang telah diberikan bantuan.
“ Bantuan kita tidak terhenti setakat dengan bantuan rumah, namun dalam masa yang sama bantuan bantuan lain turut kita salurkan bagi membena kekuatan ekonomi keluarga yang terlibat dengan melibatkan diri dalam aktiviti yang boleh menjana pendapatan seperti pertanian,penternakan,kratangan dan sebagainya” tambah Lajim yang juga Ketua Umno bahagian Beaufort.
Lajim menambah bagi kes Masri dan Keluarganya selain bantuan rumah bantuan batuan lain juga akan disalurkan dengan harapan ianya akan dapat merubah kehidupan beliau bersama keluarga
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan