Sabtu, 21 Februari 2009

PROGRAM JPJ BERSAMA RAKYAT DI MENUMBOK







MENUMBOK: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengadakan Program Bersama Rakyat (JBR) bagi mendekatakan jabatan itu dengan pelanggannya

Program sehari yang diadakan di Dewan Masyarakat Awang Samaun petang kemarin bertujuan menyelesaikan urusan berkaitan jalanraya yang membabitkan beberapa jabatan dan agensi yang lain dimana ianya lebih menjurus kepada perkhidmatan langsung dalam memberikan kemudahan serta penjelasan secara lebih dekat kepada pelanggan terutamanya dari aspek keselamatan semasa berada di jalan raya

Program tersebut diresmikan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin dan turut dihadiri oleh Wakil Rakyat Kuala Penyu John Teo Mau Sing,Ketua Pengarah (JPJ) Datuk Solah Mat Hassan, Pengarah (JPJ) Sabah Wan Idrus Wan Sariff dan Pegawai daerah Kuala Penyu Edmond Teo

Berucap merasmikan program tersebut Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort berkata program tersebut dapat mengembangkan imej ,peranan serta tanggungjawab (JPJ) yang sebenaranya kepada rakyat dalam pengkuatkuasaan peraturan dan undang undang jalanraya kepada umum demi untuk mempertingkatkan tahap kesedaran umum terhadap aspek aspek keselamatan semasa menggunakan jalanraya.

“ Masyarakat perlu mengubah perpapsi negetif mereka terhadap peranan (JPJ) dalam melaksanakan tugas pengkuatkuasaan mereka sebaliknya mereka perlu memahami pengkuatkuasaan yang dilakukan lebih menjurus kepada tanggungjawab bagi mempestikan setiap peraturan dan undang undang jalanraya dipatuhi demi untuk keselamatan pengguna” katanya

Menurut beliau jika orang ramai (pengguna jalanraya) mematuhi undang undang serta peraturan jalanraya yang telah ditetapkan tahap keselamatan semasa berada di jalanraya akan lebih terkawal dan ini dapat mengelakkan sebarang kemalangan terutamanya kemalangan yang boleh membawa kepada tragedi kematian.

“ Melalui program ini juga kita berharap porses mendidik dan mendisplinkan pengguna jalanraya terutamanya di kawasan luar Bandar dapat dipertingkatkan disamping memberikan kemudahan kepada orang ramai menyelasaikan sebarang urusan yang berkaitan dengan JPJ” tambah Lajim

Dimajlis yang sama Lajim juga turut mengagih-agihkan sumbangan Topi keledar percuma kepada 50 buah penunggang motosikal di kawasan itu dengan harapan ianya dapat memberikan kesedaran agar penunggang dan pembonceng motosikal khususnya diluar Bandar dapat mengutamakan aspek pemakaian topi keledar demi untuk keselamatan mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan