Sabtu, 21 Februari 2009
BN MASIH RELEVAN LAJIM
BEAUFORT: Ketua Umno Bahagian Beaufort, Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, Barisan Nasional (BN) masih relevan dan rakyat di negeri ini masih menerima Barisan Nasional (BN) meksi pun mengalami kekalahan dalam pilihan raya kecil di Parlimen Kuala Terengganu baru-baru ini.
Katanya, selepas ini Umno dan BN perlu menjalankan kajian secara terperinci termasuk mengambil pendekatan terbaik bagi menawan hati para pengundi muda di negara ini. Selain itu juga katanya, mereka perlu mengambil contoh corak kempen yang dijalankan parti pembangkang kelihatan begitu komited meski pun dilanda pelbagai masalah dipelbagai peringkat.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau kemajuan pembinaan pusat (PUSPAKOM) bagi daerah Beaufort dekat sini petang kemarin.
Lawatan beliau diiringi oleh Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hasaan, Ketua Pegawai Ekesktif (PUSPAKOM) KhairuddinDatu Haji Yusuf
Menguas lebih lanjut kekalahan BN bagi pilihanraya kecil Kuala Terengganu, Datuk Lajim yang juga Ahli Parlimen berkata, corak kempen yang ditunjukkan rakan-rakan dalam Barisan Nasional (BN) sungguh tidak begitu komited melaksanakan gerakan kempen hanya dapat dilihat ketika kehadiran Timbalan ,Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkempen kemudian mehilangkan diri selepas itu.
“ Saya berada selama 10-hari di Kuala Terengganu untuk menjaga peti undi Ladang sambil berkesempatan melihat tingkah laku kalangan BN yang hanya muncul menjelang musim pengundian.” Katanya
Beliau berkata, dalam hal ini juga semua pihak tidak boleh dipersalahkan tetapi usaha perlu diteruskan bagi membaiki masalah dalam menghadapi pilihan raya akan datang. Selain itu, para pengundi juga dikaburi oleh pembangkang dengan pelbagai isu-isu serta faktor lain termasuk isu rasuah, pertandingan piala layar monson, pembinaan projek mega dan masjid kristal.
Lajim berkata, masyarakat dan pengundi di kawasan Parlimen Kuala Terengganu boleh menerima isu berkenaan berikutan penganjuran serta pembinaan itu tidak mendatangkan hasil pendapatan kepada masyarakat di kawasan berkenaan.
“Itu tanggapan mereka yang hanya melihat salah satu factor namun jika dilihat dari perpesktif yang luas kesemua program yang dijalankan oleh kerajaan BN memberikan manafaat serta pulangan ekonomi kepada negeri dan rakyat di Terengganu” katanya.
Beliau mencadangkan agar Umno dan BN membuat perubahan termasuk mempelbagai program serta rentak orang muda yang membawa kebaikan di seluruh peringkat
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan