Sabtu, 21 Februari 2009

2.3 JUTA PERUNTUKAN BINA RUMAH PPRT DI KUALA PENYU





RM2.3j bina rumah PPRT di Kuala Penyu

KUALA PENYU 9 Feb. - Kerajaan negeri memperuntukkan RM2.3 juta bagi menyediakan rumah baru di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) kepada 66 penghuni miskin tegar di daerah ini.

Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Lajim Ukin berkata, daripada jumlah itu, sebanyak RM1.8 juta akan digunakan untuk membina rumah mengikut spesifikasi baru bernilai RM40,000.

Beliau berkata, bakinya akan digunakan untuk membina rumah mengikut spesifikasi lama yang bernilai antara RM24,800 dan RM25,000 seunit.

"Sebanyak 66 buah rumah di bawah PPRT telah disiapkan mengikut spesifikasi terbaru merangkumi sistem pendawaian dan sambungan paip air," katanya selepas menyerahkan kunci rumah kepada penerima bantuan rumah PPRT di Kampung Melikai dekat sini semalam.

Lajim yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan berkata, usaha untuk membantu rakyat keluar daripada garis kemiskinan menjelang 2010 akan diteruskan bagi memastikan ia mencapai matlamat.

Katanya, pelbagai program seperti projek Mini Estet Sejahtera telah dilaksanakan dan kerajaan turut menyediakan dana khas bagi membantu mereka keluar dari garis kemiskinan tegar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan