Sabtu, 21 Februari 2009
TURUN PADANG…Lajim menyerahkan topi keledar kepada salah seorang penunggang di program Kempen Keselamatan Jalanraya di jalan Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu baru baru ini
KUALA TERENGGANU: Kesedaran orang ramai terutamanya penunggang motosikal di negara ini mengenai pemakaian topi keledar semasa memandu masih ditahap yang kurang memuaskan .
Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, meskipun kerajaan melalui kementerian Pengangkutan telah melakukan pelbagai usaha kempen kesedaran, iklan termasuklah pengkuatkuasaan namun masih terdapat segelintir pengguna memandang remah usaha tersebut.
“ Kerajaan telah membelanjakan peruntukan yang besar melaksanakan pelbagai kempen kesedaran pemakaian topi keledar ,iklan termasuk pengkuatkuasaan namun ianya tidak memberikan kesan yang positif jika orang ramai (pengguna) masih bersifat indah tak indah” katanya ketika ditemui selepas merasmikan program Kempen Keselamatan Jalanraya di Jalan Sultan Zainal Abidin dekat sini baru baru ini.
Pada majlis tersebut Lajim turut mengagih-agihkan topi keledar kepada para penunggang motosikal yang melalui jalan tersebut
Menurut Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort berkata, 68% bagi kes kemalangan maut bagi golongan penunggang dan pembonceng motosikal adalah berpunca kecederaan kepala.
“ Memang ajal dan maut ditentukan oleh Tuhan, bagaimanapun kita harus berusaha dan berikhtiar untuk melindungi diri membantu usaha advokasi bagi mengubah nilai nilai minda dan amalan seharian bagi mengwujudkan generasi pengguna jalanraya yang mengutamakan berhemah semasa memandu atau menggunakan jalanraya” tambah Lajim
Menurut Lajim kementerian beliau juga turut melancarkan inisiatif Topi Keledar Kebangsaan yang bertujuan untuk mempromosikan pemakaian dan kegunaan topi keledar dengan betul kepada setiap penunggang dan pembonceng motosikal di negara ini.
Lajim menambah kempen kesedaran pemakaian topi keledar juga akan diperluaskan ke kawasan luar Bandar dimana menurut beliau kadar kesedaran pemakaian topi keledar di kawasan luar Bandar hanya sekitar 40% hingga 50% sahaja berbanding dengan kesedaran pengguna di kawasan Bandar sebanyak 90% terhadap pemakaian topi keledar.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan