Ahad, 23 Ogos 2009
CATATAN DIAWAL RAMADAN
Demi tugas tiga anggota polis ini berbuka alah kadar sahaja di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu yang sempat saya rakamkan aksi mereka melalui kemera HP saya
Kedatangan bulan Ramadan tahun ini memberikan berita suka dan duka dalam perjalanan kehidupanku. Berita dukanya semasa bertugas di luar daerah Lahad Datu bagi mengiringi lawatan resmi Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin dalam majlis penyerahan kunci Projek PPR Pangsapuri Mutiara Kasih Lahad Datu ketika majlis berlangsung dihubungi oleh anak buah sepupu Puan Latiah Matasim Meninggal dunia akibat penyakit kanser. Mujurlah sehari sebelum aku ke Lahad Datu aku sempat melawat arwah di hospital Daerah Beaufort dan menghabiskan masa hampir dua jam bersama Allahyarhamah.Dalam jadual kerja yang ketat tidak berkesempatan untuk ke majlis pengkebumian namun berdoa semoga anak-anak Allhuarhamah dan keluarga reda menerima ujian dari Allah SWT ini da berdoa moga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah SWT.
Memberikan kegembiraan dihati saya sebagai seorang ayah dapat mengajak anak bungsu saya yang baru berumur 7 tahun untuk bersahur bersama dan berpuasa walaupun pada hari pertama setakat jam 12.00 tengahari dan hari kedua 12,50 tengahari dan berharap ianya akan meningkat sehingga ke waktu berbuka puasa yang sebenarnya. Bagi saya inilah asas pendidikan yang perlu diterapkan dan anak saya berasa seronok melakukaknya.
Hari pertama berpuasa juga saya dapat menyaksikan akan pengorbanan tiga anggota Polis yang bertugas di Lapangan Terbang Antara Bangsa Kota Kinabalu yang berbuka puasa alah kadar sahaja berbuka puasa dengan makanan berbungkus sahaja,dan saya turut sama meminum air dalam botol kerana waktu berbuka saya menghantar balik Bos saya Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin balik ke Kuala Lumpur yang juga berbuka dalam kenderaan sebelum sampai di Lapangan Terbang Kota Kinabalu dan berlepas ke ibu negara pada jam 7.15 malam.
Semoga puasa tahun ini akan dapat kita laksanakan dalam jiwa yang lebih tenang dan ikhlas bagi memohon keredaan dari Allah SWT
Khamis, 13 Ogos 2009
UMNO SABAH DISARAN WUJUDKAN LAMAN WEB/BLOG
Ketua Menteri yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Musa Haji Aman semasa merasmikan serentak persidangan Umno bahagian Keningau dan Pansiangan beberapa hari yang lalu menyarankan agar semua 25 bahagian Umno di negeri ini mengwujudkan laman Web/Blog nya sendiri. Walaupun saranan ini agak KETERBELAKANG SEDIKIT..kerana ada beberapa bahagian termasuk Ketua Bahagiannya sendiri atas kepesiti sebagai Ahli Parlimen atau ADUN telahpun mengwujudkan Laman Web/Blog masing masing dimana tindakan mereka ini lebih jauh ke hadapan dan memenuhi keperluan dan kemajuan yang dibawa oleh Teknologi Maklumat (ICT) bukan sahaja Laman Web/Blog malah ada bahagian atau pemimpin bahagian memiliki Facebooknya sendiri. Terawal yang dapat diperhatikan ada beberapa bahagian atau pemimpin bahagian yang sudah mempunyai Laman Webnya sendiri antaranya Ahli Parlimen Beaufort Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin melalui Blogspot Mp Beaufort atau Umno bahagian Beaufort, diikuti oleh Datuk Sapawi Haji Ahmad, Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said,Masidi Manjun, Datuk Haji Mohd.Ariffin Arrif, Datuk Bung Mokthar Radin dan beberapa bahagian atau pemimpin Umno bahagian yang lain
Tidak kiralah atas inisiatif siapa usaha mengwujudkan Laman Web berkenaan samaada diusahakan oleh pemimpin itu sendiri atau pegawai pegawai mereka, namun apa yang pesti mereka telah menyahut cabaran ini lebih awal sebelum Laman Blog 1 Malaysia diwujudkan .Tahniah . Walauapun begitu tidak juga menghairankan ada pemimpin langsung tidak tahu membuat apa lagi membuka Laman Web masing-masing ini agak malang, malah lebih malang nama mereka dikutuk dan dikritik dalam blog blog yang dipaparkan dimana mereka sendiri tidak mengetuhainya, sehingga ada orang lain yang prihatin memaklumkan kepada mereka barulah mereka sedar mereka di kritik, dihentam dan sebagainya dalam laman web dan blog yang tidak bertanggungjawab dan berertika ini.
Tahniah atas saranan YAB Ketua Menteri ini, bagi memberikan kesedaran kepada pemimpin parti untuk memanafaatkan sepenuhnya kecangihan sistem komunikasi yang cepat berkembang maju
Tidak kiralah atas inisiatif siapa usaha mengwujudkan Laman Web berkenaan samaada diusahakan oleh pemimpin itu sendiri atau pegawai pegawai mereka, namun apa yang pesti mereka telah menyahut cabaran ini lebih awal sebelum Laman Blog 1 Malaysia diwujudkan .Tahniah . Walauapun begitu tidak juga menghairankan ada pemimpin langsung tidak tahu membuat apa lagi membuka Laman Web masing-masing ini agak malang, malah lebih malang nama mereka dikutuk dan dikritik dalam blog blog yang dipaparkan dimana mereka sendiri tidak mengetuhainya, sehingga ada orang lain yang prihatin memaklumkan kepada mereka barulah mereka sedar mereka di kritik, dihentam dan sebagainya dalam laman web dan blog yang tidak bertanggungjawab dan berertika ini.
Tahniah atas saranan YAB Ketua Menteri ini, bagi memberikan kesedaran kepada pemimpin parti untuk memanafaatkan sepenuhnya kecangihan sistem komunikasi yang cepat berkembang maju
Khamis, 6 Ogos 2009
LUNTURNYA SEMANGAT PATRIOTIK
Sebagaimana yang sedia maklum setaip menjelang bulan Ogos adalah sambutan bulan kemerdekaan bagai negara kita Malaysia yang tercinta. Malah telahpun diiktiraf sepanjang bulan Ogos sehingga ke kemuncaknya 31 Ogos setiap tahun sebagai bulan kemerdekaan dimana kebiasaanya sebelum ke kemuncak sambutan pelbagai program diadakan antaranya kempen memasang jalur gemilang,samaada di bangunan, bangunan resmi kerajaan,permis permis perniagaan malah turut disarankan pada setiap kenderaan. Tahun ini negara kita akan menyembut ulang tahun kemerdekaannya yang ke 52 tahun dimana sehingga cacatan ini ditulis kita telahpun seminggu berada dalam bulan Ogos, bagaimanapun apa yang amat menyedihkan belum nampak sebarang rieaksi yang positif dari orang ramai ,permis permis perniagaan dan bangunan bangunan jabatan kerajaan untuk menyemarakkan lagi sambutan bulan Kemerdekaan tahun ini dengan pemasangan jalur gemilang di tempat masing-masing. Tinjuan di beberapa lokasi di jabatan jabatan kerajaan dan permis permis perniagaan di sekitar ibu kota ( Kota Kinabalu) mendapati amat sukar kita melihat jalur gemilang dikibarkan yang adapun hanya jalur gemilang lama yang telah lusuh dan pudar warnanya. Sekilas pandang hanya bangunan Dewan Bandar Raya Kota Kinabalu sahaja yang didapati memasang beberapa helai jalur gelimang di hadapan bangunannya sementara dibangunan-bangunan kerajaan yang lain termasuklah permis permis perniagaan belum nampak sehelai pun jalur gemilang pun yang dikibarkan. Setuasi ini mencerminkan kurangnya perhatian masyarakat terhadap sambutan bulan kemerdekaan. Apakah perlu menunggu kempen menaikkan jalur gemilang diadakan barulah berusaha mengembarkan jalur gemilang atau menunggu subsidi (sumbangan)bendara pecuma dari kerajaan barulah usaha menaikkan jalur gemilang diadakan, jika beginilah realitinya semangat patrotik rakyat Malaysia khususnya di negeri ini masih agak rendah dan belum dapat dibanggakan. Seharusnya sebagai rakyat yang telah bebas dan merdeka sekian lama, bulan kemerdekaan ini perlu kita hargai dan salah satu daripadanya ialah mengembarkan jalur gemilang lambang kebangaan negara kita yang telah Merdeka sejak sekian lama .Tidak perlu menunggu arahan dari pihak kerajaan atau sumbangan percuma jalur gemilang barulah kita menaikkan jalur gemilang samaada di banagunan jabatan jabatan kerajaan,swasta, permis permis perniagaan atau kediaman sendiri .Sama-samalah kita fikirkan dan renungkannya dimana kesedaran yang lahir dari nurani kita sebagai rakyat yang tinggal di sebuah negara yang bebas dan merdeka kita perlu menghargai makna sebuah kemerdekaan yang kita kecapi selama ini . Selamat Menyembut Ulang tahun kemerdekaan negara ke 52 dalam semangat 1 Malaysia yang mempunyai semangat patriotik yang kental terhadap Negara yang tercinta ini.Salam kemerdekaan
Selasa, 4 Ogos 2009
JAWATAN AMANAH DAN TANGGUNGJAWAB
Tidak kira atas nama apa juga jawatan samada dalam bidang politik,pentadbiran awam atau persatuan setiap individu yang dipilih atau diberikan kepercayaan untuk mengetuai sesuatu jawatan perlu faham dan bersedia untuk memikul tugas serta amanah yang diberikan dengan penuh didikasi, berintegriti dan komitmen yang padu. Sebaliknya jika belum bersedia menerima tanggungjawab yang diamanahkan ini ,lebih baik jangan menerima sebarang jawatan yang diberikan yang akhirnya berfungsi hanya setakat memanaskan kerusi bila mesyuarat diadakan yang akhirnya orang di bawah yang tidak ada kepentingan yang akan menerima tugas yang sepatutnya dipikul dan dilaksanakan oleh ketua atau paling tidak adanya mesyuarat dan perbincangan bersama ahli jawatankuasa lain barulah wujud konsep kerja berpasukan selaras dengan konsep 1 Malaysia dan ini akan memberikan manafaat dari segi idea dan keunggulan sesebuah organisasi yang diwakili, bagaimana fiki-fikirkanlah
PEMBERIAN BIASISWA KERAJAAN NEGERI SEJAUH MANA KETELUSANNYA
Apabila saya menerima emil daripada anak saya yang menuntut di Uitm Sarawak semester kedua menyatakan permohonan Bisiswa Kerajaan Negeri menerima jawapan dukacita, tentulah berita yang amat menyedihkan bagi saya sebagai seorang ayah yang boleh diketegorikan masih berpendapatan rendah dan memerlukan sokongan dari mana-mana pihak khususnya kerajaan bagi membantu golongan seperti kami agar tiada kendala bagi ana-anak kami yang masih menuntut. Bagaimanapun inilah hakikatnya dan realitinya samada kelayakan tidak sesuai untuk memohon atau kerana kurangnya orang Dalaman yang boleh membantu ini kerana terdapat juga beberapa kes seharusnya mereka yang tidak layak menerima biasiswa ini diperlayakkan menerima...bagaimanakah ini boleh berlaku?
Ahad, 28 Jun 2009
UNIK
Gambar ini saya rakamkan sewaktu mengiringi Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang juga Presiden Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS)Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin semasa merasmikan penutupan Pesta Bebulang anjuran Persatuan Bisaya Sarawak di kampung Batu Danau Limbang pada Awal Jun tahun ini. Apa yang menariknnya bagi saya pada gambar ini selain kanak-kanak Bisaya Limbang ,ini berbakat dalam memainkan alat muzik tradisional perhatikan alat muzik yang dipukulnya bukan diperbuat dari apa apa bahan kayu, atau tembaga tapi ianya merupakan kepala bintang labi-labi (tidak pesti istilah di lain tempat) namun ianya tetap mengeluarkan alunan bunyi yang harmoni bila dipukul bersama alat alat muzik tradisional yang lain seperti gong dan kulintangan. Unik dan menarik
Jumaat, 26 Jun 2009
APA ADA PADA NAMA
Tun Dr.Mahathir Mohamad namanya akan terus dikenang sebagai negarawan yang banyak memberikan sumbangan kepada pembangunan dan kemajuan negara
Apa ada pada nama? tapi tanpa nama orang tidak mengenali kita
namun tanpa namamu pun dari sikap perwatakan ,peribadi serta budi bahasa kita orang akan mudah kenal kita, justeru ada dua perpepsi berbeza nama dan peribadi dan jika disatukan antara nama dan keperibadian kita ia akan lebih menyatu ,mesra dan orang akan lebih arkab mengenali kita.
Pari hal nama, saya pernah ditegur oleh seorang individu kenapa nama beliau tidak saya catatkan dalam berita saya antara tetemu yang hadir dalam satu majlis yang diresmikan oleh pemimpin lain. Samaada saya terlepas pandang atau sebaliknya fokas saya hanya membuat berita tentang isu yang dibangkitkan oleh pemimpin yang hadir sebagai tetemu kehormat yang merasmikan majlis berkenaan, soal membariskan setiap individu pemimpin yang hadir bukanlah keutamaan itu hanya sampingan sahaja. Bila saya ditanya apa masalah saya dan masalahanya sehingga saya lupa mencatat namanya sebagai antara tetamu yang hadir tentu tiada jawapannya ,kerana berita yang saya buat bukan berita mencatat nama tetamu yang hadir.
Dalam satu aspek saya kagum kepada beliau kerana prihatin namannya terlepas pandang dimana sifat ini sebenarnya merupakan sensitiviti beliau yang amat tinggi terhadap apa yang berlaku di persekitaranya,amat bermakna sifat sensitiviti dan kepekaan beliau terhadap isu isu yang sekecil ini menjurus pula kepada sensitivitinya melihat isu isu yang lebih besar yang berlaku di persekitaranya antaranya soal kemajuan, soal kebajikan, soal pendidikan ,soal belia,soal masalah sosial soal pengangguran dan sebagainya yang lebih memerlukan pembelaan dari soal sekecil nama yang dibangkitkan
Kesimpulalnya jika nama juga menjadi perkiraan untuk dicatatkan dalam setiap laporan berita, adalah lebih baik bagi kita mengatur program sendiri atas kepesiti apapun , menjemput semua media cetak atau elektronik datang membuat liputan sudah tentu nama akan lebih dikenali tidak hanya pada nama namun ketokohan untuk menjadi pemimpin yang menjaga nama atas nama perjuangan yang sebenarnya akan lebih menyerlah
dalam mengisi keperluan diri sebagai pemimpin yang dihormati, disegani dan disenangi
oleh semua pihak...nama ada bakti pun ada
Langgan:
Catatan (Atom)