Selasa, 21 April 2009

ROMBAKAN KECIL DALAM STRUKTUR PENTADBIRAN UMNO BAHAGIAN BEAUFORT



BEAUFORT: Umno bahagian Beaufort melakukan rombakan kecil pada straktur pentadbiranya dimana Haji Jusih Haji Sarin dilantik menjawat Setiausaha Umno bahagian itu yang sebelum ini disandang oleh Nafsin Aliamat.

Haji Jusih sebelum ini merupakan ahli jawatankuasa Umno bahagian juga Pengerusi Biro Agama Umno dilantik menjawat jawatan Setiuasaha Umno bahagian untuk bagi sesi 2009-2011 manakala Nafsin dilantik untuk menduduki sebagai ahli jawatankuasa Umno bahagian.

Perkara ini diumumkan oleh Ketua Umno bahagian itu Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin ,selepas mempengerusikan mesyuarat jawatakuasa Umno bahagian itu di Bilik Mesyuarat Umno bahagian dekat sini baru-baru ini.

Menurut Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, pertukaran tugas ini bagi membolehkan Nafsin memberikan perhatian terhadap tugas baru beliau sandang iaitu sebagai Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen Beaufort .

Dalam perkembangan lain Lajim meminta pemimpin parti tiga peringkat di bahagian itu agar turut melakukan tranformasi dalam melaksanakan tugas serta amanah sebagai seorang pemimpin parti.

Katanya, perubahan ini perlu dilakukan dalam kontek memberikan perkhidmatan terbaik kepada ahli parti di peringkat akar umbi agar keyakinan rakyat khususnya ahli-ahli parti terhadap asas dan perjuangan parti terus relevan.

“ Prinsip rakyat,parti dan kerajaan perlu digabungkan sebagai satu eleman yang akan menentukan perjuangan parti disenangi dan mendapat sokongan beterusan dari rakyat” katanya.
Menurut Ahli Parlimen Beaufort ini lagi .Parti perlu tahu denyutan hati rakyat maka parti terjemahkan dalam bentuk dasar dan tindakan oleh kerajaan, apabila kerajaan dikuasai oleh parti dan melaksanakan kehendak rakyat, parti akam menjadi gagah perkasa dan akan terus melangsungkan .
Sehubungan dengan itu beliau mahukan agar semua program yang disusun oleh parti mengikut biro-biro yang telah ditetapkan perlu digerakkan dari sekarang bagi mendekatai ahli di peringkat akar umbi, agar ahli memahami bahawa parti sentiasa bernafas tanpa menunggu musim pilihanraya barulah sibuk mengadakan pelbagai program mendekati rakyat dan ahli. Jaafar Abd.Wahid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan