Khamis, 16 April 2009

LANJUTAN MASA DIHARAPKAN PROJEK PPR DI KAMPUNG SELANGON BEAUFORT SIAP IKUT JADUAL LAJIM




TURUN PADANG TIMBALAN MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN DATUK SERI PANGLIMA HAJI LAJIM HAJI UKIN DIIRINGI OLEH PENGARAH PPR JABATAN PERUMAHAN NEGARA WAN HUSIN WAN HASSAN KETIKA MENINJAU KEMAJUAN PROJEK PPR DI KAMPUNG SELANGON BEAUFORT SABAH

BEAUFORT: Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Ukin berharap tempoh lanjutan bagi kontraktor yang melaksanakan projek pembinaan 300 unit rumah teras dua tingkat dibawa program perumahan rakyat (PPR) di sewa di kampong Selagon dekat sini memadahi bagi kontraktor berkenaan menyiapkan projek tersebut.

Katanya, projek yang mula dilaksanakan pada pengakhir tahun 2007 itu sepatutnya siap mengikut jadual awal yang ditetapkan iaitu pada 13 Disember 2009,bagaimanapun beberapa masalah teknikal kontraktor pelaksana memohon tempoh lanjutan sehingga 30 September 2009 untuk disiapkan

“ Saya diberikan taklimat oleh kontraktor pemaju,dimana beberapa kendala turut menghembat perlaksanaan projek ini antaranya kerja tanah iaitu perubahan aras flaffrom dimana pada awalnya aras rekabentuk ialah 7.0 meter dinaikkan kepada 9.2 meter,penambahan cerucuk dimana ujian pertama cerucuk gagal mengikut pawaian yang ditetapkan dan kita berharap tempoh lanjutan selama 42 minggu yang diberikan projek ini boleh disiapkan ” katanya selepas melakukan lawatan ke tapak perlaksaan projek berkenaan di kampong Selangon dekat sini ,petang kemarin.

Turut serta dalam lawatan tersebut Pengarah PPR Jabatan Perumahan Negara Wan Husin Wan Hassan, wakil dari kontraktor pelaksana dan pegawai pegawai dari Majlis Daerah Beaufort.

Projek (PPR) di kampong Selangon yang menelan belanja RM23,7000,00 dibina pada keluasan tanah 20 ekar dan terletak 7.5 km dari Pekan Beaufort merupakan projek kerajaan Barisan Nasional yang dilaksanakan di kawasan tersebut bagi memberikan kemudahan perumahan kepada rakyat setempat.

“ Sebagai pemimpin di kawasan ini , apalagi ianya melibatkan kementerian Perumahan,saya perlu turun padang melihat kemajuan projek ini selaras dengan hasrat kerajaan yang mengutamakan kepentingan rakyat, justeru kontraktor yang diberikan kepercayaan melaksanakan projek ini juga perlu komited melaksanakan projek yang ditawarkan oleh kerajaan” tambah Lajim yang juga Ahli Perliman Beaufort.

Menurut Ketua Umno bahagian Beaufort itu lagi perlaksanaan projek berkenaan merupakan antara keutamaan kerajaan khususnya Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk menjayakan Wawasan Sifar Setinggan menjelang tahun 2012.

“ Kerajaan akan menumpuhkan sepenuhnya usaha ini, dimana kita melihat keperluan perumahan rakyat di negeri ini dan Sarawak masih memerlukan perhatian dari kerajaan” katanya.OLEH: JAAFAR ABDUL WAHID &GAMBAR ERDIE AB.WAHID

Tiada ulasan:

Catat Ulasan