Jumaat, 24 April 2009

AL –NUR HEALTHCARE WAKIL PENGEDAR TUNGGAL AL-JAABAR SDN BHD DI SABAH






AL-JABBAR Healthcare Sdn Bhd, anak syarikat Al Jabbar Group yang ditubuhkan dua tahun lalu memperkenalkan produk mesin terapi medan elektrik statik Dr Jism, penapis air beralkali Dr Jabbar, mesin urut kaki refleksologi dan juga pembersih udara ‘Air Purifier.

Syarikat yang memperkenalkan prodak prodak kesihatan ini, kini telah melebarkan aktiviti perniagaannya ke Sabah dimana sebuah syarikat bumiputera tempatan Al-Nur Healthcare yang menjadi wakil tunggal pengedarnnya di negeri ini akan memulakan operasi perniagaannya pada awal bulan Mei ini bertempat di Lot No. 8 Blok A, Riverside Plaza Kingfisher Pak Kota Kinabalu.

Pengarah Urusan Syarikat Al-Nur Healtcare Datin Seri Hajah Normilah Siong (gambar ) ketika ditemui berkata bagi tujuan mempromosikan prodak prodak kesihatan keluaran Al- Jabbar, orang ramai dijemput hadir untuk sesi rawatan percubaan percuma bermula hari ini 26 April hingga 30 April 2009 bermula dari Jam10.00 pagi hingga 9.00 malam.

“Bagi masyarakat di negeri ini prodak prodak kesihatan Al Jabbar masih baru bagi mereka, namun di Semenanjung Malaysia ianya telah lama bertapak dan berada di pasaran dimana ramai pengguna prodak Al-Jabbar yang ditemui memperakui keberkesanannya” katanya.

Menurut Normilah memang terdapat permintaan yang begitu menggalakkan dari orang ramai di negeri ini terhadap prodak prodak kesihatan Al Jaabar dimana sebelum ini mereka terpaksa membeli atau memesannya dari Kuala Lumpur namun kini mereka boleh memperolehinya lebih mudah dari Syrikat Al Nur Healthcare sebagai pembekal tunggal di Sabah.

“ Disamping minat untuk menceburi bidang perniagaan ,permintaan dari masyarakat di negeri ini terhadap prodak prodak kesihatan Al-Jabbar menjadi pendorong utama bagi kami menceburi bidang perniagaan ini dan sekali gus dapat membantu bagi memudahkan mereka memperolehi prodak prodak yang sesuai untuk menjaga kesihatan mereka” tambah Normilah.

Normilah menambah Dr Jism, mesin terapi medan elektrik statik didakwa mampu memecahkan lemak di dalam salur darah. Mempunyai kepelbagaian fungsi, iaitu voltan tinggi, voltan negatif,
Tenaga gelombang ringan,voltan rendah dan pengionan negetif boleh didapati di pusat ini.

Katanya, rawatan terapi medan elektrik statik pada asasnya menggunakan getaran elektrik bagi
Melancarkan serta memecahkan lemak dalam pembuluh darah.

Menurut Normilah satu lagi prodak iatu Penapisan Water Pro yang berasaskan teknologi nano mempunyai tahap kealkalian yang tinggi iaitu pH 7.9. Sistem enam penapis menggunakan teknologi Jepun dan Korea Selatan itu didakwa berupaya menyahkan toksin, kotoran dan pelbagai bahan cemar kimia


Selain dari itu Al-Jabbar juga menyediakan Mesin urut kaki refleksologinya pula berupaya merangsang zon reflek, sistem saraf, titik akupuntur, otot serta saluran darah. Ia mampu memperbaiki perjalanan darah dan meningkatkan sistem imunisasi badan”

“ Pelbagai prodak kesihatan lain juga turut di jual, dan bagi mereka yang ingin mendapatkan keterangan lanjut untuk mengenali lebih dekat prodak prodak kesihatan yang ada mereka boleh datang ke pusat operasi perniagaan kami” tambah Normilah

Bagi yang ingin mencuba produk keluaran Al-Jabbar Healthcare atau ingin menjadi pengedar, boleh datang ke kedai An-Nur Healthcare di Lot No. 8 Blok A, Riverside Plaza Kingfisher Pak Kota Kinabalu atau menghubungi telefon 088-385121m387221,389555 Fax :088-389212 Oleh: Jaafar Abdul Wahid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan