Ahad, 26 April 2009

BELUM ADA CADANGAN SERAGAMKAN RUMAH PPR LAJIM





BEAUFORT: Penyeragaman pembinaan rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) tidak bertiang dilaksanakan mengiut keperluan dan keadaan bentuk muka bumi di seluruh negeri ini, ini berikutan ada sesetangah kawasan PPR memerlukan rumah bertiang disebabakan beberapa faktor .

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, kementerian beliau mengambil kira perkara itu memandangkan terdapat peserta PPR mempunyai tanah di kawasan rendah dan berisiko banjir

Beliau menyatakan demikian kepada media selepas merasmikan Kejohanan Sepak Takraw Peringkat negeri bagi merebut piala Astaka di Dewan masyarakat Pa Musa dekat sini petang kemarin.

Hadir sama Presiden Astaka Datuk Mohd.Lan Alani, Timbalan Presiden Astaka Datuk Awang Sham Damit ,Pegawai Daerah Beaufort Mohd.Sidek Haji Jubar dan Pengerusi Pelaksana Kejohanan Matbali Musa.

Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort berkata demikian ketika dminta mengulas lanjut tindakan kerajaan pusat untuk menyeragamkan pembinaan rumah tanpa tiang bagi program PPR di seluruh negara.

Menurut beliau Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) bertanggungjawab membina dan menyediakan beberapa konsep plan perumahan tersebut untuk dipohon oleh golongan rakyat termisikin dan layak.

"Sekiranya kawasan tanah sedia ada tidak sesuai bagi rumah tidak bertiang, kerajaan akan mengenal pesti kawasan baru bagi melaksanakan program tersebut sekiranya perlu" katanya.

Mengenai program perumahan rakyat di Sabah ,Ahli Majlis Tertinggi Umno itu berkta, kerajaan tidak akan membina perumahan pengsapuri bagi memenuhi keperluan rumah bagi golongan sasaran, sebalinya akan mengenal pasti tapak yang sesuai bagi membina rumah PPR yang melibatkan sekurang-kurangnya 1,500 kaki persegi bagi membina sebuah rumah PPR pada masa akan datang

Lajim menambah kementerian beliau juga sedang mencari kaedah terbaik dalam mengenalpasti kawasan baharu bagi membna penempatan rakyat miskin yang sering terlibat dengan banjir, ini termasuklah di Pahang,Johor, Sabah dan Sarawak.oleh: Jaafar Abdul wahid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan