Isnin, 27 April 2009

SUKAN BOLEH DIJADIKAN WADAH PERKUKUHKAN PERPADUAN LAJIM



BEAUFORT: Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, sukan mampu menjadi penghubung dan penyatuan masyarakat pelbagai kaum di negara ini khususnya di Sabah.

Katanya,pemimpin disemua peringkat perlu menjadikan aktiviti sukan sebagai alat untuk merapatkan lagi hubungan dan jalinan kerjasama serta persefahaman dengan masyarakat setempat.

“ Langkah ini sudah tentu bertepatan dengan slongan Satu Malaysia,Rakyat Di Dahulukan Pencapaian Diutamakan dalam pentadbiran Negara yang diketuai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam memastikan apa juga keperluan dan kepentingan rakyat menjadi keutamaan” katanya ketika berucap merasmikan penutupan Kejohanan Sepak Takraw Piala Presiden ASTAKA di dewan masyarakat Pa Musa dekat sini pada petang ahad lepas.

Hadir sama Presiden ASTAKA Datuk Mohd.Lan Alani, Timbalan Presiden Datuk Awang Sham Damit,Pegawai Daerah Beaufort mohd.Sidek Haji Jubar dan Pengerusi pengelola kejohanan Matbali Musa.

Menurut Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort sukan Sepak takraw umpamanya dahulu hanya pelopori oleh masyarakat Melayu dan bumiputera sahaja kini ianya diminati dan semakin popular di kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

“ Ini mencerminkan aktiviti sukan boleh dijadikan wahana perpaduan serta medan untuk menjalinkan semangat berkerjasama antara pelbagai kaum di Negara ini” tambah Lajim

Dalam perkembangan berkaitan Ahli Majlis Tertinggi Umno ini juga meminta agar persatuan-persatuan sukan di negeri ini lebih proaktif dalam menjana kewangan persatuan masing-masing.

Katanya, setiap tahun kerajaan memperuntukan kewangan kepada semua persatuan sukan di negeri ini, bagaimanapun jumlah peruntukan bergantung kepada prestasi dan keperluan sesebuah persatuan sukan itu.

“Selain bantuan kerajaan, persatuan sukan juga perlu bijak mencari sumber kewangannya sendiri, ini termasuklah sokongan dari sektor koprat dan swasta ,kerana tanpa kedudukan kewangan yang stabil persatuan sukan akan bermasalah untuk mengadakan sebarang aktiviti” katanya

Sementara itu pasukan Sepaktakraw SUKMA 2010 muncul sebagai johan kejohanan tersebut dengan mengenapikan pencerbar terdekatnya pasukan Pedalaman Bawah Beaufort yang hanya mampu menduduki tempat kedua.Oleh: Jaafar Abdul Wahid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan