Ahad, 26 April 2009

Kukuhkan Perpaduan Jayakan Satu Malaysia




KUALA PENYU : Setiap anggota masyarakat berbilang kaum perlu terus mengukuhkan semangat muhibah dan muafakat bagi menguatkan lagi perpaduan serta mencapai matlamat gagasan Satu Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, gagasan berkenaan amat penting dan ia boleh dicapai kerana selari dengan prinsip hidup bermasyarakat di negara ini sebagai eleman penting yang membawa kemajuan pembangunan dan kemakmuran negara untuk dikecapi oleh semua kaum di negara ini’

“Ini kerana kemajuan dan kemakmuran yang dicapai oleh sesebuah negara bermasyarakat majmuk seperti Malaysia adalah berpaksikan permuafakatan yang lahir dari semangat berkerjasama serta hormat menghormati antara satu sama lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Zon Bundu di kampong Bundu dekat sini petang kemarin

Hadir sama Wakil Rakyat Kuala Penyu John Teo Mau Sing,Pegawai Daerah Kuala Penyu Edmond Teo dan Pengerusi KDCA bahagian Kuala Penyu Sebestian Dirih Anjim.

Lajim yang juga ahli Parlimen Beaufort berkata, apabila terbinanya amalan bekerjasama tanpa mengira kaum dan warna kulit, maka akan wujudlah perpaduan dan kesejahteraan hidup yang ikhlas dan jitu.

“Justeru Sambutan Pesta Kaamatan yang kita rayahkan setiap tahun adalah wadah terbaik untuk menjana gagasan Satu Malaysia melalui perkongsian perayaan yang bukan sahaja menyatakan rasa syukur atas kejayaan yang dicapai namun perlu berusaha lebih gigih untuk kemajuan yang lebih cemerlang “ katanya

Beliau berkata, gagasan Satu Malaysia itu juga amat bertepatan untuk diterapkan dalam nilai-nilai kebudayaan setempat yang menggalakkan keharmonian perhubungan kaum di negara ini .disamping menonjolkan prodak prodak tempatan yang boleh diketengahkan sebagai prodak kebudayaan untuk meningkatkan lagi taraf siso ekonomi melalui sektor pelancungan: Oleh: Jaafar Abdul Wahid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan