Khamis, 2 April 2009
LAJIM YAKIN KEMAMPUAN NAJIB TADBIR NEGARA
HUBUNGAN BAIK….Lajim menyembut kedatangan Najib dalam satu majlis di Kota Kinabalu baru baru ini.
KOTA KINABALU: Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin yakin Perdana Menteri yang baru Datuk Seri Najib Tun Razak mampu melaksanakan tugas serta tanggungjawabnya sebagai pemimpin tertinggi negara dan parti Umno yang menjadi teras kepada kerajaan Barisan Nasional.
Katanya, kewibawaan serta pengalaman yang sedia ada, akan membentu beliau (Najib) yang baru sahaja dinobatkan sebagai Presiden Umno mengemudi negara ke era yang lebih cemerlang khususnya dalam pencapaian Wawasan 2020 .
“Kita percaya Najib akan meneruskan pelbagai projek pembangunan dalam lima koridor ekonomi yang diilhamkan oleh Perdana Menteri sebelum ini, dan rakyat pasti menaruh harapan tinggi kepada Najib untuk meneruskan dasar dan rancangan yang jelas mendatangkan manfaat kepada rakyat dan Negara” katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur pagi kemarin sebagai mengulas perlantikan Najib sebagai Perdana menteri yang keenam
Hari ini adalah kemuncak peralihan kuasa apabila Datuk Seri Najib Tun Razak mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri keenam yang menamatkan pelbagai spekulasi serta menyelasaikan proses peralihan kuasa yang dirancangkan pada tahun lalu dalam keadaan yang teratur
Menurut Lajim yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan dalam saf kepimpinan Najib yang baru, rakyat juga mengharapkan idea-idea baru bagi menghadapi cabaran-cabaran yang mungkin berbeza pada masa-masa akan datang .
“Adalah wajar Wawasan 2020 terus menjadi inspirasi kepada pentadbiran Najib dalam memacu pembangunan secara komprehensif untuk mencapai taraf negara maju khususnya di Sabah yang masih memerlukan perhatian dalam mengisi keperluan pembangunan yang masih diperlukan demi kesejehteraan rakyat di negeri ini” katanya
Sambil melahirkan penghargaan dan terima kasih terhadap jasa dan sumbangan Abdullah sebelum ini, Ketua Umno bahagian Beaufort ini berkata di bawah kepimpinan Abdullah, banyak perubahan telah dilakukan termasuklah aspek membangunkan modal insan dengan menjadikan rakyat Malaysia sebagai aset kepada pembangunan masa hadapan.
“rakyat merasa kehilangan seorang pemimpin berwibawa, sabar dan berkebolehan mentadbir negara sehingga mencapai banyak kejayaan di dalam dan luar negara.” tambah Lajim
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan