Rabu, 18 Mac 2009

RM 1 JUTA DIPERLUKAN BAGI PULIHKAN INFASTRUKTUR YANG TERJEJAS DENGAN MASALAH BANJIR DI BEAUFORT









BEAUFORT: Kira kira RM 1 juta ringgit peruntukan diperlukan bagi membantu memulihkan infastruktur dan mangsa banjir di daerah ini

Ahli Parlimen Beaufort Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, beliau akan mengemukakan keperluan tersebut kepada kerajaan untuk tindakan selanjutnya.

Katanya, peruntukan tersebut termasuklah jumlah yang diperlukan bagi mengagihkan bantuan makanan kepada mangsa yang terlibat yang dianggarakan berjumlah seratus ringgit setiap bungkusan termasuklah keperluan lain.

“ Pejabat daerah dan juga Jawatankuasa Bencana Alam Daerah telah diarahkan bagi membuat kajian bagi mengumpul maklumat kerugian mangsa banjir di daerah ini” katanya kepada media selepas melawat mangsa mangsa banjir yang dipindahkan dan pusat pemindahan sementara di Dewan Masyarakat Pa Musa dekat sini pagi kemarin.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Bencana Alam Daerah yang juga Pegawai Daerah Beaufort Mohd.Sidek Haji Jubar dan Naib Ketua Umno bahagian Beaufort Datuk Kimjus Duim.

Menurut Lajim yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan Banjir yang keempat berlaku dalam tempoh 3 bulan tahun ini adalah terburuk yang dicatatkan selepas banjir yang berlaku pada tahun 1981.

“ Saya difahamkan mangsa banjir kali ini mencecah 36,596 orang daripada 9,096 buah kampong dalam kawasan Klias dan Lumadan yang kebanyaknya merupakan golongan petani” katanya.

Lajim menambah walaupun keadaan banjir yang berlaku beransur ansur surut terutamanya di kawasan pekan namun beberapa buah kampong terutamanya di kawasan Lumadan masih ditenggelami air.

“ Jawatankuasa Bencana Alam daerah telahpun mengagih-agihkan bantuan makanan kepada lima buah kampong yang terputus hubungan akibat banjir kali ini, dimana lebih dari 3,000 bungkusanan makanan telahpun dihantar dan bantuan ini akan diteruskan bagi mangsa mangsa yang belum menerimanya” tambah Lajim yang juga Ketua Umno bahagian Beaufort.

Lajim berkata, kerajaan akan membantu mereka yang terjejas dengan masalah banjir ini dan akan mencari makanisme yang sesuai bagi membantu mereka terutamanya golongan petani,penternak yang terjejas tanaman serta ternakan mereka ekorang banjir yang melanda kali ini . OLEH: JAAFAR ABDUL WAHID

Tiada ulasan:

Catat Ulasan