Khamis, 19 Mac 2009

LAJIM HORMATI KEPUTUSAN JAWATANKUASA DISPLIN PARTI





SIDANG MEDIA…Lajim ketika menjawap pertanyaan pemberita pada sidang media selepas sesi taklimat tersebut
BEAUFORT: Pemimpin dan anggota parti Umno perlu menghormati sebarang keputusan yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Displin Umno kerana ianya merupakan badan bebas tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak .

Ketua Umno bahagian Beaufort Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, jawatankuasa Displin yang diberikan mandat serta kepercayaan Majlis Tertinggi Umno sudah tentu mengambil kira pertimbangan serta fakta kes sebelum sebarang keputusan dibuat.

“ Kita kena hormati sebarang keputusan yang dibuat kerana ia mengambil kira kepentingan parti bukan kepentingan peribadi dan ini juga mencerminkan kesungguhan Umno membenteras gejala politik Wang” katanya ketika ditanya pemberita dalam selepas mendengar taklimat mengenai bencana banjir yang melanda daerah Beaufort dibilik Taklimat Ibu Pejabat Polis Daerah di sini petang kemarin.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai keputusan Lembaga Displin parti yang mengantung keahlian beberapa pemimpin parti termasuklah Calon Timbalan Presiden yang juga Ketua Menteri Melaka Datuk Wira Ali Rustam untuk bertanding jawatan tersebut.

Menurut Lajim yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan ,mereka yang telah dikenakan tindakan perlu akur terhadap kepada keputusan lembaga displin dan berharap kepentingan parti lebih diutamakan dari kepentingan lain.

“ Kita berharap keputusan ini tidak akan menjejaskan tumpuan dan titik noktah bagi mereka bersama memperjuangkan hala tuju dan perjuangan parti yang kini menghadapi pelbagai kemelut “ katanya.

Sambil berharap mereka yang telah dikenakan tindakan displin mengemukakan rayuan terhadap keputusan yang telah ditetapkan, Lajim berkata, peranan serta tanggungjawab mereka masih diharap-harapkan untuk memperkasakan agenda dan perjuangan parti.

Menurutnya Perhimpunan Agung Umno pada 24 hingga 28 Mac ini akan menjadi perhimpunan yang amat besar maknannya dimana iannya bakal menjadi medan mencari formula mengatasi masalah dan medan mengatur strategi memperbaiki kelemahan parti untuk maju ke depan

Lajim menambah perjalanan dan pengisian Perhimpunan Agung UMNO itu nanti akan menjadi perhatian dan penantian umum. Mereka percaya, melalui perhimpunan itu, bukan sahaja akan berlaku peralihan kuasa daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada timbalannya, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak, ia akan diiikuti dengan pelbagai perubahan dan tindakan sewajarnya bagi membendung segala macam perkembangan negatif yang sedang berlaku kini.

“ Perhimpunan ini akan menjadi wadah untuk mencari formula terbaik bagi memulihkan imej dan kekuatan parti, ditangan pewakilan yang hadir kita meletakkan harapan bagi menentukan kepimpinan tertinggi parti untuk sama sama berjuang bagi menghadapi cabaran akan datang” tambah Lajim yang juga calon ahli majlis tertinggi parti pada pemilihan kali ini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan