Khamis, 26 Februari 2009
USIA AKAN TERUS BANTU SAUDARA BARU FAHAMI AJARAN ISLAM LAJIM
BINCANG...Kelihatan Sakaran,Lajim Nasir,Abdullah dan Salisdu semasa mesyuarat tersebut
KOTA KINABALU: Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) akan terus membantu saudara saudara baru (mualaf) di negeri ini melalui pelbagai program yang disediakan oleh pertubuhan tersebut khususnya dalam mempertingkatkan kefahaman mereka terhadap ajaran Islam yang sebenarnya.
Timbalan Yang Dipertuanya Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, melalui program “Baitun Nur” (Pusat Bimbingan Suadara Kita) yang telah dan akan akan terus dilaksanakan merupakan pendekatan (USIA) bagi membantu golongan mualaf di negeri ini untuk mendalami kefahaman mereka terhadap ajaran Islam yang sebenarnya.
“ Program ini telahpun berjalan sejak tahun lepas setakat ini kita telah diadakan di beberapa buah daerah iaitu Papar, Keningau ,Tengod,Kota Marudu dan akan menyusul di Bangi Kudat pada Bulan April akan datang” katanya ketika ditemui disini selepas menghadiri Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi (USIA) di salah sebuah hotel di Kota Kinabalu.
Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Yang Dipertua (USIA) Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran Dandai dan turut dihadiri oleh Naib Yang Dipertua Datuk Nasir Tun Sakaran,Setiausaha Agung (USIA) Datuk Haji Abdullah Hussin dan Ketua Penerangan Haji Salsidu Ibrahim
Lajim yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Penyelaras Program Program, Mualaf Sabah Mohd.Nazri Abdullah yang mendakwa kebajikan golongan ini terabai dan menjadi punca segelintir saudara baru kembali kepada agama asal mereka.
“ Sebagai salah sebuah pertubuhan Islam di negeri ini, (USIA) mengambil makanisme serta turut memainkan peranannya bagi membantu golongan ini agar mereka lebih dekat dan memahami ajaran Islam melalui bimbingan program yang berjalan selama enam bulan yang merangkumi bimbingan aqidah,syariah,akhlak dan pengajian Al Quran” katanya.
Dalam perkembangan berkaitan Ahli Parlimen Beaufort itu juga yakin kerajaan melalui jabatan dan agensi yang berkaitan turut membantu golongan ini termasuklah dari segi bimbingan,bantuan termasuklah pemberian zakat.
Beliau juga turut meminta golongan ini agar tidak meminggirkan diri dari program program yang disediakan oleh kerajaan termasuklah program-program dakwah yang dianjurkan oleh pertubuhan pertubuhan Islam agar mereka tidak terpinggir.
“ Diperingkat (USIA) selain program program keilmuan yang disediakan oleh pertubuhan ini kita juga mempunyai pegawai pegawai dakwah yang sedia membantu dari segi kefahaman beragama dan adalah lebih baik mereka memohon menjadi ahli (USIA) dimana kita akan dapat selaraskan program program yang sesuai mengikut bahagian masing-masing” tambah Lajim.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan