Ahad, 12 April 2009

LAJIM: SIFAR SETINGGAN JADI TUMPUAN





Tarikh: 13 Mac 2009

BEAUFORT: Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia, Datuk Seri Panglima Lajim Haji Ukin berkata, beliau akan memberi tumpuan terhadap masalah setinggan serta kemiskinan di kawasan bandar di Sabah dan Sarawak.


Katanya, beliau akan mengadakan perbincangan dengan menterinya agar diberikan peluang bagi bersama-sama menyelesaikan masalah terbabit untuk mencapai status kemiskinan sifar menjelang 2012.


“ Fokas untuk Sabah dan Sarawak diutamakan bagi kerana kedua dua negeri ini paras kemiskinannya jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan negeri negeri lain di semananjung, bagimanapun ia tidak bermaksud meminggirkan keperluan negeri negeri lain” katanya

Beliau berkata demikian kepada media selepas mewakili Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman di Majlis Makan Malam dan sambutan Jubli Perak SMK Beaufort, di Dewan Pa Musa Beaufort baru baru ini

Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort berkata, selain itu beliau akan turut mencadangkan projek perumahan kos rendah di beberapa kawasan yang berpontensi besar dikenal pasti mampu menyelesaikan masalah setinggan di seluruh Malaysia.


“ Kita faham masalah perumahan terutamanya isu setinggan di kawasan Bandar masih berlaku di dimana ianya juga melibatkan rakyat tempatan,masalah ini memerlukan makanisme bagi mempestikan mereka yang terlibat mampu memiliki rumah mengikut kemampuan pendapatan mereka” katanya

Untuk itu Lajim berkata, beliau juga akan mendapatkan maklumat jelas berkaitan statistik terbaru mengenai masalah setinggan di seluruh negara

“ Dalam tempoh terdekat saya akan mengadakan lawatan di beberapa negeri bagi meninjau permasalahan dihadapi penduduk sekali gus berusaha mencari pendekatan terbaik untuk mengatasi masalah mereka” tambah Lajim yang juga Ketua Umno bahagian Beaufort.

Menurut Lajim hanya dengan cara pemimpin turut padang bersama pegawai pegawai yang berkenaan dapat melihat lebih dekat masalah ini, dan tindakan proaktif perlu dilakukan agar keyakinan rakyat kepada kerajaan tidak terjejas. OLEH: JAAFAR ABDUL WAHID

Tiada ulasan:

Catat Ulasan