Isnin, 13 April 2009

ILTIZAM PERTINGKATKAN SISTEM PENYAMPAIAN KPKT



GAMBAR ATAS..Lajim ketika melakukan kunjungan perpisahan kepada bekas Bos lama beliau Menteri Pengangkutan Datuk Ong Tee Keat di Putrajaya sebelum melaporkan diri di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk menjawat jawatan Timbalan Menti Kementerian berkenaan
KUALA LUMPUR :Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin hari ini beriltizam untuk meningkatkan sistem penyampaian sedia ada di kementerian berkenaan agar lebih cepat dan tepat.
Beliau berkata kini tiba masanya untuk kementerian memantapkan kualiti penyampaian serta mencari jalan penyelesaian terbaik kepada golongan sasar di bawah kementerian itu sebagaimana harapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengutamakan kepentingan Rakyat disamping mempertingkatkan Prestasi .
“Tumpuan saya kini membantu Menteri bagi meningkatkan sistem penyampaian kepada kumpulan sasar dan ini sudah tentu memerlukan satu pasukan yang diperkuatkan melalui sokongan serta kerjasama dari semua pegawai dan kakitangan di semua peringkat di kementerian ini untuk menjayakan gagasan ini menjadi kenyataan” katanya selepas menghadiri majlis serah tugas antara beliau dengan Timbalan Menteri sebelum ini Datuk Hamzah Zainuddin di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di Pusat Bandar Damansara dekat sini pagi kemarin.
Menurut Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort kementerian berkenaan telahpun mempunyai peruntukan dan pelaksanaan pelbagai program, apa yang diperlukan ialah bertindak cepat dan tepat kepada mereka yang memerlukan.
Bagi Lajim sistem penyampaian yang cepat lagi berkesan adalah penting untuk mengelak kemarahan rakyat selaku pengguna perkhidmatan berkenaan.
Katanya apabila urusan dengan sektor awam tidak dapat dilakukan dengan cepat kerajaan sudah pasti akan menjadi sasaran sumpah seranah rakyat, terutama jika ia melibatkan keperluan rakyat
“Jika kakitangan awam boleh memaksimumkan potensi modal insan dalam perkhidmatan awam, Malaysia boleh mencapai status negara maju sebelum 2020” katanya
Sambil mengakui banyak cabaran yang bakal dihadapi di kementerian berkenaan Lajim berkata, antara cabaran merapatkan jurang ekonomi masyarakat,meningkatkan kemudahan premis perniagaan,mengwujudkan kemudahan rekreasi,membasmi kemiskinan dan tidak kurang pentingnya menambah baik proses penyampaian perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
Di majlis itu juga Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort turut menyaksikan majlis serah tugas antara Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang baru Datuk Kong Cho Ha dengan mantan Menteri sebelum ini Datuk Seri Ong Ka Chuan Oleh: Jaafar Abdul Wahid
CAPTION:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan