Rabu, 1 April 2009
SALAM TERIMA KASIH KEPADA RAKAN MEDIA
SEBAHAGIAN DARI RAKAMAN YB DATUK SERI PANGLIMA HAJI LAJIM HAJI UKIN SEMASA DIWAWANCARA OLEH MEDIA SEMASA PERHIMPUNAN AGUNG UMNO KE 59 BARU BARU INI
Salam Terima Kasih Kepada Media
PERTAMANYA..Sekalung tahniah kepada Ketua Umno Bahagian Beaufort yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin atas kejayaanya meraih kemenangan jawatan Ahli Majlis Tertinggi Parti dalam Perhimpunan Agung Umno ke-59 pada 24-28 Mac yang lepas. Kejayaan ini sudah tentu memberikan pengertian yang amat bermakna kepada keriar politik beliau disamping bahang kebangaannya dapat dikongsi bersama oleh ahli-ahli Umno di Sabah khususnya di bahagian Beaufort.
Selain gerak kerja beliau bersama jentera kempen yang turun padang melawat ke seluruhan bahagian Umno ,gerak kerja serta kempen yang dilaksanakan sejak dari mula hingga ke saat-saat akhir pemilihan ternyatanya berkesan dan berbaloi bagi membolehkan beliau memprolehi undi sebanyak 1,804 dan mampu menduduki tempat ke 8 dalam ringking (Top Ten)
Sesuatu yang tidak boleh dinafikan kesan dari liputan media juga turut memberikan sumbangan besar terhadap kejayaan ini (walaupun tanggapan sesetengah pihak ianya tidak begitu penting) namun hakikatnya melalui publisiti yang meluas baik di media cetak mahupun elektronik turut membantu memperkenalkan serta mendekatkan Datuk Seri dihati perwakilan dan ahli-ahli Umno di seluruh negara.
Selaku Pegawai yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga kepentingan media beliau, saya amat terhutang budi dengan para wartawan baik di media nasional dan negeri, media cetak dan elektronik yang banyak membantu mengetengahkan berita berita yang mempaparkan aktiviti dan pandangan Datuk Seri dalam program kerajaan mahupun parti. Sikap Datuk Seri yang mudah mesra kepada pengamal media ,juga turut membantu memudahkan tugas saya mengendalikan setiap liputan media yang melibatkan program Datuk Seri .Melalui hubungan baik serta mengenali beberapa pengamal media sejak sekian lama ketika saya terlibat secara langsung sebagai pegawai media beliau juga banyak membantu melicinkan tugas tugas saya bagi mempestikan kelangsungan liputan media Datuk Seri Lajim dapat dipaparkan.
Saya amat berterima kasih kepada Saudara Kassim Mamun yanglebih dikenalai dengan pangglian "Pak Kassim"(bekas jurukemera TV3) yang kini menjadi stringer TV3 berserta anak-anaknya yang menjadi krew banyak membantu tugas tugas saya melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan ini terutamanya melicinkan hubungan saya dengan pegawai dan krew TV Swasta ini. Meskipun kami berhadapan dengan pelbagai cabaran terutamanya lokasi tempat tinggal kami yang jauh dari PWTC memaksa kami bergerak lebih cepat dan menggunakan kos untuk pengangkutan namun ianya tidak melemahkan semangat kami untuk melaksanakan tugas. Ekoran masalah tempat tinggal yang jauh dari PWTC pada hari kedua persidangan kami mengambil keputusan untuk mencari tempat tinggal (Hotel ) yang berdekatan bagi melicinkan pergerakan kami ke pusat perhimpunan di PWTC. Sepatutnya kami perlu ditinggalkan di hotel yang berhampiran dengan PWTC seperti lazimnya tahun tahun yang lalu namun pada pemilihan dimana silapnya kamu diletakkan untuk menginap di sebuah hotek terletak agak jauh dari PWTC Pusat Perhimpunan iaitu di kawasan Pudu Raya satu kawasan yang agak sesak dan terpaksa berhadapan dengan masalah kesesakkan jalanraya yang turut membantutkan pergerakkan kami.
Pada perhimpunan kali ini, saya menyerahkan tugas untuk mengambil gambar kepada pembantu saya Erdieh Azzuan Abd.Wahid yang buat pertama kalinya belaiu terlibat dalam program yang sebesar ini. Syukur berkat tunjuk ajar pendedahan,serata arahanyang diberikan beliau dapat melaksanakan tugas tersebut sebaik mungkin bagi mempestikan setiap gerak geri Datuk Seri Lajim semasa persidangan dan bersama perwakilan dapat dirakam disamping susana perhimpunan yang berjalan walaupun nampak kelam kebut kerana pengalaman pertama kali beliau yang berhadapan dengan suasana baru disamping keadaan kemera yang kurang memuaskan kerana mengalami sedikit kerosakkan sehingga menjejaskan fokas dan kualiti gambar yang dihasilkan.
Bagi saya pendedadah ini perlu bagi mencari pelapis kerana tidak mungkin saya mengindong kemera sehingga selama-lamanya sehingga faktor usia menghalang saya melaksanakan tugas ini. Syukurlah dengan tunjuk ajar dan panduan yang saya berikan,beliau mudah menerima arahan dan ini memudahkan saya memberikan tumpuan untuk menentukan aliran tugas berhubung dengan media lain untuk membuat liputan.
Kepada rakan rakan media bagi pihak Datuk Seri saya ingin mengambil kesempatan dalam blog ini merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas sokongan serta kerjasama yang diberikan dalam liputan media terhadap Bos saya, yang sememang arkab dengan media dan menganggap media sebagai sahabat. Mudah mudah budi baik saudara saudari akan diberkati Allah SWT .
Salam hormat saya
JAAFAR ABDUL WAHID
PEGAWAI MEDIA
YB DATUK SERI PANGLIMA HAJI LAJIM HAJI UKIN
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan