Sabtu, 25 April 2009

Pupuk generasi muda dalami kesenian Islam




KUALA PENYU : Kesenian Islam perlu diterapkan kepada golongan muda agar ia dapat terus berkembang dan diwarisi oleh generasi akan datang.

Timbalan Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, adalah sesuatu yang membimbangkan jika kesenian Islam terus tenggelam dalam peredaran zaman khususnya dalam dunia serba moden hari ini dengan kecanggihan teknologi maklumat yang pesat berkembang maju

‘‘Kita wajar merasa bimbang kerana sudah terdapat segelintir generasi muda bukan sahaja lupa tetapi tidak mengetahui serta memahami kesenian Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Festival Kesenian Islam peringkat Pedalaman Bawah di Dewan Masyarakat Dato Shah Bandar Makang dekat sini petang kemarin

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu berkata, bagi memastikan penghayatan kesenian Islam itu terus berkekalan, badan-badan tertentu perlu berusaha memastikan aktiviti seperti kompang, berzanji dan marhaban mampu diterapkan kepada generasi muda

Beliau berkata, kesenian Islam dilihat mampu menjadi salah satu alternatif terbaik kepada masyarakat agar tidak terus dihambat dengan unsur hiburan yang melalaikan

“Antara faktor penyumbang berlaku masalah sosial di kalangan generasi muda adalah disebabkan hiburan yang tidak bermanfaat dan melampaui batas” katanya

Menurutnya, tanpa adanya usaha, sudah tentu generasi muda akan lupa dan tidak mengetahui kesenian tersebut..

Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort turut menyarankan para penggiat seni islam lebih kreatif dengan mempelbagaikan ciptaan irama dan muzik.

‘‘Kita yakin dengan kepelbagaian ciptaan, ia mampu menarik minat golongan remaja bagi memastikan kesenian Islam itu terus berkembang,” katanya lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan