Ahad, 22 Mac 2009
SEBUAH BUKU POLITIK BAKAL MENEMUI PEMBACA
Sempena dengan Perhimpunan Agung Umno tahun ini sebuah buku politik karya seorang penulis buku yang prolifik di Sabah Jasni Matlani akan menemuai peminat buku tempatan khususnya para perwakilan yang akan menghadiri perhimpunan Agung Umno tahun ini. Buku yang berjudul" Datuk Haji Lajim Haji Ukin "Penyelamat UMNO Sabah" setebal 176 muka surat diterbitkan oleh Iris Publishing And Distributor ini mempaparkan perjuangan politik Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin khususnya peristiwa beliau bersama rakan-rakan pemimpin politik yang lain yang meinggalkan Parti Bersatu Sabah (PBS)dan menyertai parti Umno pada tahun 1994 sehingga membolehkan kerajaan Barisan Nasional dapat dibentuk untuk mengambil alih tempok kerajaan Barisan Nasional di Sabah.Bagi para peminat buku politik ,buku ini akan menghuraikan lebih lanjut perjuangan tersebut dan bagi pembaca serta rakyat keseluruhannya yang membaca buku ini akan dapat menilai sejarah serta perjuangan politik Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin dalam membawa kestabilan politik dan nikmat pembangunan yang dinikmati oleh rakyat di negeri ini dibawah pemerintahan Barisan Nasional yang ditunjangi oleh Umno sebagai parti yang memerintah negeri ini
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan