Isnin, 30 Mac 2009
KEJAYAAN PEMIMPIN UMNO SABAH SATU APRESIASI DARI PERWAKILAN
Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin dijulang oleh penyokong penyokong sebaik sahaja diumumkan memenangi kerusi Ahli Majlis Tertinggi Umno
KOTA KINABALU: Kejayaan cemerlang calon calon dari Sabah bagi menduduki barisan kepimpinan tertinggi Umno pada perhimpunan Agung ke-59 tahun ini merupakan manifestasi dan apresiasi para perwakilan dari seluruh negeri terhadap sumbangan besar Umno Sabah pada pilihanraya umum yang ke 12 ,sebagai antara negeri penyumbang terbesar terhadap pembentukan kerajaan Barisan Nasional.
Kejayaan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menduduki salah satu jawatan Naib Presiden diekori dengan kejayaan Pengerusi Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Musa Haji Aman,Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin dan Datuk Bung Moktar menduduki jawatan Ahli Majlis Tertinggi Umno adalah cerminan sumbangan pemimpin Umno Sabah tidak diketepikan dalam usaha untuk memperkasakan penjenamaan kekuatan parti bagi menghadapi cabaran akan datang.
Kejayaan empat pemimpin tersebut turut dikongsi tiga sayap utama ialah Pergerakan Wanita,Pemuda dan Puteri dimana dua pemimpin dari ketiga tiga sayap ini turut terpilih untuk mengisi jawatan pada peringkat ini iaiatu bagi pergerakan Wanita Senator Datuk Armani Mahiruddin dan Datuk Azizah Mohd.Dun di peringkat Pemuda pula Mohd. Gasing Saling dan Jamawi Jaafar .Diperingkat Pergerakan Puteri ianya lebih menyerlah apabila Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berjaya dalam pertandingan 6 penjuru untuk untuk merebut jawatan Ketua Pergerakan Puteri Umno Malaysia dan turut menampah kejayaan Ketua Pergerakan Puteri Umno Sipitang Maimunah Sidek untuk membarisi exco pergerakan Puteri Umno Pusat.
Ketika diminta mengulas kejayaan terbesar pemimpin Umno Sabah dalam percaturan pemillihan kali ini,Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin yang berjaya menduduki tempat ke 8 dalam barisan jawatankuasa tertinggi pada pemilihan kali ini berkata, apresiasi yang diberikan oleh perwakilan dalam pemilihan ini merupakan satu amanah serta tanggungjawab yang perlu digalas bagi memperkukuhkan semula kekuatan parti bagi memulihkan imej serta kekuatan parti yang menghadapi pelbagai kemalut politik sebelum ini.
“ Ini merupakan amanah serta tanggungjawab yang perlu digalas secara berpasukan, keperluan rakyat khususnya di Sabah perlu segara dipenuhi demi survival Umno bagi menjadikan parti ini menjadi pilihan utama rakyat selaras dengan amanat Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dimana rakyat,parti dan kerajaan merupakan kompenan penting bagi meneruskan kesinambungan pemerintahan” katanya.
Sambil melahirkan penghargaan dan terima kasihnya terhadap sokongan dari perwakilan dan ahli-ahli parti dari seluruh negara, Lajim yang juga Ketua Umno bahagian Beaufort berharap dengan kesediaan bekas Presiden Parti Datuk Dr.Mahathir Muhamad untuk menyertai semula Umno dan kesediaan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah memberikan sokongan dan pandangan kepada kepimpinan tertinggi Umno yang baru merupakan penyuntik semangat untuk merapatkan semula saf kepimpinan parti dimana ianya akan menjadi teladan kepada ahli-ahli parti di peringkat akar umbi untuk memperkukuhkan perpaduan
“ Setuasi ini amat mengembirakan ahli-ahli Umno,kerana Datuk Seri Najib Razak yang menjadi Presiden mendapat sokongan penuh dari dua negarawan yang unggul dan berkrisma” katanya
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan