Isnin, 30 Mac 2009

APRESIASI KEPADA PERWAKILAN






AMANAH DIHARGAI TANGGGUNGJAWAB DIPIKUL LAJIM

Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT serta berterima kasih kepada semua perwakilan UMNO di atas sokongan yang diberi dan dengan rasa penuh rendah diri dan tawadduk, saya menerima amanah dan tanggungjawab besar yang diamanatkan bagi menduduki barisan jawatankuasa tertnggi UMNO

Saya berikrar untuk menunaikan tanggungjawab dan amanah yang diberi ini dengan penuh keinsafanan dan komited bagi memperkasa dan mengakar umbikan parti keramat UMNO, memperkukuh ikatan dan kekuatan parti agar terus relevan demi , menjaga kebajikan dan membela kepentingan seluruh ahli UMNO dalam menangani cabaran dan tuntutan masa kini dan masa hadapan.

Proses pemilihan dan kemenangan ini juga menzahirkan amalan demokrasi yang sihat di dalam institusi dan parti UMNO serta kematangan setiap perwakilan yang memilih pemimpin di kalangan mereka. Sehubungan dengan itu, saya menyeru kepada semua ahli UMNO untuk bersatu hati dan bersama dengan saya bagi merapat dan menyatukan barisan serta bekerja lebih rajin dan keras membawa perjuangan parti - untuk agama, bangsa dan negara.

Sesungguhnya kemenangan ini begitu manis dan saya ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih yang tak terhingga kepada seluruh perwakilan serta ahli UMNO yang begitu memahami dan menyokong saya sebagai ahli politik, rakan-rakan seperjuangan dalam parti dan Barisan Nasional serta sahabat-sahabat rapat yang begitu komited bersama dan tidak dilupakan sokongan serta kerjasama dari semua jentera kempen yang begitu berdidikasi bagi membantu kejayaan ini untuk dikongsi bersama.

Salam terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan,

DATUK SERI PANGLIMA HAJI LAJIM HAJI UKIN
AHLI MAJLIS TERTINGGI UMNO
MERANGKAP
TIMBALAN MENTERI PENGANGKUTAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan