Jumaat, 26 Jun 2009

APA ADA PADA NAMA



Tun Dr.Mahathir Mohamad namanya akan terus dikenang sebagai negarawan yang banyak memberikan sumbangan kepada pembangunan dan kemajuan negara

Apa ada pada nama? tapi tanpa nama orang tidak mengenali kita
namun tanpa namamu pun dari sikap perwatakan ,peribadi serta budi bahasa kita orang akan mudah kenal kita, justeru ada dua perpepsi berbeza nama dan peribadi dan jika disatukan antara nama dan keperibadian kita ia akan lebih menyatu ,mesra dan orang akan lebih arkab mengenali kita.

Pari hal nama, saya pernah ditegur oleh seorang individu kenapa nama beliau tidak saya catatkan dalam berita saya antara tetemu yang hadir dalam satu majlis yang diresmikan oleh pemimpin lain. Samaada saya terlepas pandang atau sebaliknya fokas saya hanya membuat berita tentang isu yang dibangkitkan oleh pemimpin yang hadir sebagai tetemu kehormat yang merasmikan majlis berkenaan, soal membariskan setiap individu pemimpin yang hadir bukanlah keutamaan itu hanya sampingan sahaja. Bila saya ditanya apa masalah saya dan masalahanya sehingga saya lupa mencatat namanya sebagai antara tetamu yang hadir tentu tiada jawapannya ,kerana berita yang saya buat bukan berita mencatat nama tetamu yang hadir.

Dalam satu aspek saya kagum kepada beliau kerana prihatin namannya terlepas pandang dimana sifat ini sebenarnya merupakan sensitiviti beliau yang amat tinggi terhadap apa yang berlaku di persekitaranya,amat bermakna sifat sensitiviti dan kepekaan beliau terhadap isu isu yang sekecil ini menjurus pula kepada sensitivitinya melihat isu isu yang lebih besar yang berlaku di persekitaranya antaranya soal kemajuan, soal kebajikan, soal pendidikan ,soal belia,soal masalah sosial soal pengangguran dan sebagainya yang lebih memerlukan pembelaan dari soal sekecil nama yang dibangkitkan

Kesimpulalnya jika nama juga menjadi perkiraan untuk dicatatkan dalam setiap laporan berita, adalah lebih baik bagi kita mengatur program sendiri atas kepesiti apapun , menjemput semua media cetak atau elektronik datang membuat liputan sudah tentu nama akan lebih dikenali tidak hanya pada nama namun ketokohan untuk menjadi pemimpin yang menjaga nama atas nama perjuangan yang sebenarnya akan lebih menyerlah
dalam mengisi keperluan diri sebagai pemimpin yang dihormati, disegani dan disenangi
oleh semua pihak...nama ada bakti pun ada

1 ulasan: